Farouk A Peru Dakwa Golongan Bukan Islam Didiskriminasi Orang Islam

Share This:

 

Farouk A Peru yang juga seorang aktivis Islam liberal,  mendakwa bahawa di Malaysia, golongan bukan Islam juga telah didiskriminasi oleh orang Islam.

 

Menurut sumber,beliau telah menulis dakwaan tersebut dalam sebuah portal tempatan berhubung kontroversi isu larangan bertudung di mana sebuah hotel melarang pekerja wanita Muslim memakai tudung di bahagian khidmat pelanggan atau penyambut tetamu (reception).

 

Menurut beliau, golongan bukan Islam dikatakan dipaksa akur kepada peraturan yang dipaksa ke atas orang Islam.

 

“Pada bulan puasa, mereka dipaksa makan berjauhan sampai ada dipaksa makan dalam bilik mandi! Pada hari Jumaat, mereka terpaksa menghadapi kesesakan kerana orang Islam meletak kereta sesuka hati.

 

Mereka terpaksa melihat pendakwah yang langsung tidak sensitif kepada perasaan mereka seperti Dr Zakir Naik yang suka menunjukkan mangsanya memeluk Islam di hadapan khalayak ramai,” kata beliau.

 

Ekoran daripada itu, beliau mengingatkan agar orang Islam tidak menonjolkan diri mereka seperti mereka sahaja yang sering menjadi mangsa (victim mentality).

 

“Janganlah kita umat Islam berlagak seperti mangsa selalu (iaitu “victim mentality”). Kadang-kala, kita bukannya mangsa tetapi pihak yang melakukan kezaliman terhadap orang lain,” dakwa beliau.

 

Terdahulu, Farouk A Peru pernah mempertikaikan tindakan seorang gadis yang menolak untuk bersalaman dengan bintang bola sepak terkenal dengan menyifatkan tindakan gadis tersebut sebagai apartheid dan tidak dapat membezakan agama dan budaya.

 

Katanya lagi, larangan bersalaman antara perempuan dan lelaki bukan muhrim ini tidak terdapat dalam al-Qur’an dan bukanlah satu tuntutan Islam.

 

Justeru,kenyataan beliau seolah-olah membenarkan islam itu bebas dalam melakukan sesuatu yang bertentangan dengan wahyu Allah s.w.t. apabila  mempertikai wanita islam yang menolak bersalam dengan bukan muhrim.

 

Beliau juga dikatakan menganggap islam melakukan kezaliman.Zalim kah islam sebegitu?Adakah mereka mahu golongan islam mudah ditindas dengan golongan yang menentang agama islam?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*