Siti Hasmah Dedahkan Suaminya, Mahathir Larang Beliau Bertudung

Share This:

Hari ini, Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendedahkan bahawa dirinya tidak bertudung kerana dilarang suaminya bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan larangan bertudung ke atas pekerja barisan hadapan di hotel-hotel yang dikenakan majikan.

“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.

“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,” katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya mengikut apa yang dilaporkan Malaysiakini.

Beliau sebelum itu merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita PPBM.

Dalam hal ini, tidak berhak seseorang masuk campur dalam hal hubungan suami isteri khususnya berkaitan kehendak suami sebegitu. Bagaimanapun, kenyataan Siti Hasmah secara tidak langsung telah mendedahkan kelemahan Mahathir sebagai suami. Tidak diketahui apa motif Siti Hasmah perlu membuat kenyataan berkenaan kepada media.

Persoalan selama ini kenapa Siti Hasmah tidak bertudung dijawab sendiri, iaitu dilarang oleh suaminya sendiri.

Mahathir juga menurutnya, seakan-akan merajuk apabila Siti Hasmah cuba memakai tudung.

Para netizen ramai terkejut dengan kenyataan berkenaan yang disifatkan menggemparkan tambahan pula corak kehidupan keluarga Mahathir yang agak liberal termasuk kontroversi cucunya Othman yang merupakan anak kepada Mirzan yang tidur dengan anjing.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*