Profesor DAP Sahkan Mahathir Perdana Menteri Bodoh

Share This:

RAKYAT Malaysia faham dengan jelas bahawa jawapan “TIDAK TAHU” yang menjadi “signature” Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir sekarang ini hanya merupakan strategi licik beliau untuk melepaskan diri dari kesalahan salahguna kuasa yang dilakukan selama 22 tahun ketika memerintah negara dahulu.

Cuma Mahathir mungkin tidak menyangka yang tindakan beliau tersebut akhirnya memakan diri beliau sendiri. Kini profesor DAP Abdul Aziz Bari telah mengesahkan bahawa Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang bodoh.

Adakah Lim Kit Siang yang mengarahkan Aziz Bari berkata sedemikian? Jika benar maka ini bermakna DAP tidak berpuas hati apabila Mahathir tidak menerima hukuman atas jenayah salah guna kuasa tersebut walaupun Lim Guan Eng sendiri sedang berdepan dengan dakwaan jenayah yang sama.

Baru-baru ini pakar undang-undang perlembagaan DAP Abdul Aziz Bari mendakwa adalah salah bagi Mahathir untuk terus menegaskan bahawa beliau bertindak atas nasihat polis berkenaan tangkapan besar-besaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari segi sudut moral, Mahathir sepatutnya mengakui bahawa beliau telah terkhilaf dalam penilaiannya. Dalam sistem parlimen seperti Malaysia, kerajaan semasa yang mempunyai keputusan muktamad dan harus memikul tanggungjawab.

Ini bermakna dalam isu tangkapan besar-besaran di bawah ISA pada tahun 1987 dan kes liwat Anwar Ibrahim, Mahathir merupakan individu yang bertanggungjawab.

Menurut Aziz, jika benar polis membuat keputusan itu, ini bermakna Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang “bodoh” dan pasukan polis yang menguasai segala-galanya. Namun rakyat Malaysia tahu bahawa perkara ini tidak benar. Pada ketika itu, Mahathir menguasai segala-galanya.

“Kita tahu Mahathir sedang bermain politik tetapi dalam proses itu, beliau membodohkan diri sendiri,” kata Aziz Bari.

Ironinya Aziz yang merupakan profesor DAP mencadangkan jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan, maka satu pasukan khas mesti ditubuhkan berhubung episod lalu yang membabitkan Mahathir yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan. Malah pihak polis turut digesa untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Bagi rakyat Malaysia yang waras, mereka melihat Mahathir bukan sebagai Perdana Menteri yang bodoh. Mereka yakin Mahathir adalah Perdana Menteri yang jahat.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*