Peluang United Dapatkan Ozil Semakin Cerah

Share This:

MANCHESTER United berpeluang cerah untuk mendapatkan Mesut Ozil selepas pesaingnya enggan mengambil risiko.

Barcelona sebelum ini dilapor turut meminati Ozil, namun telah membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko seperti Arda Turan.

Turan yang merupakan pemain sayap warga Turki gagal mengikut mengikut rentak permainan pemain Barcelona sejak bersama kelab berkenaan.

Selain itu, dia juga dikatakan mempunyai sikap suka berfoya-foya sehingga lewat malam.

Barcelona dan United menjadi kelab yang masih meneruskan perbincangan dengan Ozil selepas pemain Jerman berkenaan meminta gaji sebanyak £300,000 seminggu.

Bagaimanapun kelab yang mendapatkan khidmatnya dapat menjimatkan kos pembelian kerana kontraknya bersama Arsenal kini berbaki enam bulan lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*