Najib Jadi Sasaran Mahathir Tutup Kelemahan Gagal Jawab Soalan

Share This:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad mula lari dari perbuatannya baru-baru ini yang tidak menjawab dengan jujur dan jelas persoalan orang ramai dengan menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Memang tidak ada orang lain beliau hendak tuduh hanya Najib sahaja.

Mahathir dalam ulasannya di portal Malaysiakini memakai tajuk Najib Guna Strategi ‘Tak Jawab’ tetapi isi kandungannya ulasannya ialah berkenaan pendaftaran gabungan PH yang masih belum selesai tentang logo dan simbolnya.

Pada 28 Julai lepas, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ada memberi arahan kepada PH supaya menukar sedikit logonya dengan meletakkan perkataan Pakatan dalam logo mereka. Jika diteliti perjalanan hal pendaftaran PH, tidak ada pun mereka memaklumkan bahawa mereka sudah menurut arahan berkenaan.

Mahathir juga tuduh bahawa ROS dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) buat acuh tak acuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan mereka berkenaan status pendaftara gabungan itu.

Itu juga tidak benar apabila pada 22 November iaitu sehari sebelum ulasan Mahathir, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata permohonan pendaftaran PH perlu diteliti secara menyeluruh kerana ada masalah belum selesai dengan DAP dan ditambah isu dalaman parti PPBM Mahathir tentang perlembagaannya.

Pendaftaran PH yang tersangkut adalah disebabkan kelalaian parti dalam PH dan PPBM sendiri tidak mematuhi peraturan ROS. PPBM juga ada kontroversi apabila menggunakan nama Armada untuk sayap pemudanya sedangkan dalam perlembagaan parti ditulis sebagai Pemuda PPBM.

Salah sendiri, Najib juga yang dipersalahkan. Bukan Najib yang guna strategi tidak jawab, tapi sebenarnya Mahathir yang menggunakan pendekatan berkenaan.

Rakyat kena tahu sudah banyak persoalan tentang pelbagai masalah, krisis serta skandal yang dibangkitkan untuk dijawab Mahathir tapi beliau tetap buat ‘don’t know’ sahaja. Persoalan tentang skandal Perwaja, skandal dagangan Forex, punca kekayaan anak-anak Mahathir dan tragedi Memali tapi Mahathir tidak jawab.

Najib bagaimanapun sebaik sahaja timbul dakwaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini beliau terus mengarahkan siasatan terperinci dijalankan serta sudah menjawab pelbagai dakwaan serta persoalan di pelbagai platform. Sehingga hari ini, di blog rasmi Najib, masih ada diletakkan penjelasan berkenaan dakwaan yang didalangi oleh Mahathir.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri, sebenarnya tutup mata dan tidak mahu menerima jawapan Najib dan pada masa sama dia tidak mahu menjawab apa-apa.

Tuduhan semalam rentetan daripada tindak tanduk Mahathir yang tidak mahu jawab betul-betul soalan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu program bersama anak muda di Petaling Jaya baru-baru ini.

Seperti biasa, sudah gagal jawab, alihkan kesalahan kepada Najib. Dalam benak Mahathir, dia masih ingat rakyat Malaysia boleh diperbodohkan dengan politik jahat beliau.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*