Mkhitaryan Mahu Bangkit

Share This:

HENRIKH Mkhitaryan terpaksa bekerja keras untuk kembalikan kepercayaan terhadap pengurusnya.

Pemain antarabangsa Armania itu berdepan dengan tugas berat untuk memenangi hati Jose Mourinho bagi memastikan namanya berada dalam barisan utama di Old Trafford.

Mhkitaryan diketepikan hampir dua bulan, namun mahu kembali bangkit seperti sebelum ini yang merekodkan sebelas jaringan gol sekaligus membawa inspirasi kepada United ketika aksi Liga Europa.

Dan Mourinho sendiri mengakui Mkhitaryan perlu menunggu peluangnya datang sekali lagi.

Mkhitaryan (kiri) dan Rasford sebelum ini digandingkan bersama.

“Saya memutuskan untuk menggunakan Marcus Rashford dan Anthony Martial bersama.

“Soalan sebelum ini mengapa mereka tidak bermain bersama sepatutnya kenapa Mkhitaryan tidak beraksi.

“Jawapannya mudah, saya hanya boleh meletakkan sebelas pemain sehingga ada perubahan antabangsa,” ujarnya sebelum tewas kepada Basle dalam aksi Liga Juara-Juara Khamis.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*