Fattah Berjaya Buka Hati Fazura

Share This:

 

 

Akhirnya teka-teki terjawab apabila mereka dikatakan akan berkahwin dalam masa terdekat ini.Pelakon Nur Fazura juga mengakui dia seorang wanita degil dan tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat memandang hanya memikirkan karier seni sahaja.

 

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata hati dia bagaimanapun terbuka apabila bertemu Fattah, 27, selain mula melihat masa depan mereka bersama.

 

“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.

 

“Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima,” kata Fazura .

 

Fattah dan Fazura mengadakan sidang media di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Jumaat bagi merungkai persoalan hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah pada 15 November lalu.

 

Menurut sumber,dalam pada itu, mereka kini sedang merancang majlis pernikahan dalam masa terdekat sementara dua majlis resepsi untuk keluarga dan media serta peminat akan diadakan pada tahun hadapan.

 

Menurut Fattah, memandangkan jadual kerja mereka berdua terlalu padat, segala urusan perancangan ke arah mendirikan rumahtangga akan diserahkan kepada pihak pengurusannya.

 

“Dengan jadual kerja kami yang ketat, saya sendiri menyerahkan perancangan kepada pihak syarikat pengurusan saya.

 

“Ada beberapa perkara yang perlu kami buat. Pergi kursus kahwin dan uruskan dokumen. Insya-Allah kami akan bernikah dalam masa terdekat.

 

“Dua majlis resepsi untuk keluarga dan media serta peminat akan diadakan pada tahun hadapan,” ujarnya.

 

Majlis pertunangan dan merisik Fattah dan Fazura telah berlansung pada 13 November lalu.

 

Manakala,mereka juga menafikan adanya majlis pernikahan sehari selepas itu.

 

Sebelum ini,heboh diperkatakan pasangan ini sudah bernikah berikutan ramai yang membuat spekulasi mengenai pasangan itu,ketika itu hanyalah majlis merisik dan pertunangan sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*