Wanita UMNO BN Dan Putera MIC Dekati Rakyat Kongsi Inisiatif Kerajaan

Share This:

Lima keluarga di Batu 2, Jalan Port Dickson semalam diberikan tunjuk ajar dan nasihat tentang cara bagaimana untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban mereka dalam Program Jalinan Rakyat (JRplus) anjuran pergerakan Wanita UMNO Teluk Kemang dan Putera MIC Teluk Kemang.

Penasihat Putera MIC Teluk Kemang Dineshwaran T Ragagopalu yang merupakan pemimpin muda dalam MIC turut sama menyertai program berkenaan bersama-sama dengan Wanita UMNO Barisan Nasional (BN).

Pergerakan Wanita UMNO diwakili oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang Safiah Sidek bersama 16 orang Ahli Jawatankuasa Skuad Sayang Wanita UMNO dan Putera MIC Teluk Kemang diwakili oleh Ketuanya, Sargunan Kalaisaran. Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Ketua Putera MIC Rembau, Ravindran Marappan.

“Dalam program itu, kami mendengar masalah yang penduduk hadapi serta kami memberikan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.

“Puan Safiah turut memberitahu mereka cara-cara untuk memohon BR1M dan lain-lain inisiatif oleh kerajaan.

“Saya turut mendengar masalah mereka dan kami turut memberikan sedikit barangan keperluan harian untuk kegunaan mereka,” kata Dineshwaran.

Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan cekap untuk segera mencari kemudian turun padang membantu rakyat. Selain menghulurkan bantuan, masalah daripada mereka turut didengari.

Jalan penyelesaian turut dicari dan diusahakan untuk memastikan kehidupan mereka lebih selesa.

Dalam program JRplus bersama Wanita UMNO BN dan Putera MIC itu, rata-rata penduduk yang dilihat didampingi mereka menunjukkan wajah yang ceria dan gembira kerana permasalahan mereka didengari serta diberikan perhatian.

Bagi pemimpin muda dalam Putera MIC pula, mereka tidak akan pernah kenal erti penat dalam usaha terus bersama-sama dengan rakyat yang memerlukan kerana dengan mendekati mereka sahaja bantuan dapat dihulurkan dengan efektif dan beban rakyat dapat diringankan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*