Turki Haramkan Semua Aktiviti LGBT

Share This:

 

Kegiatan LBGT yang dilihat pada hari ini semakin berleluasa di seluruh dunia apabila disokong oleh segelintir masyarakat untuk mengadakan aktiviti sonsang itu.

 

Bagaimanapun,pihak berkuasa Turki bertindak mengharamkan semua aktiviti kebudayaan berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) di wilayah Ankara bagi mengekalkan keamanan awam.

 

Pihak pentadbiran Ankara berkata menerusi laman web mereka, “Sejak 18 November (Sabtu) dan sehingga notis selanjutnya, semua acara (berkaitan LGBT) seperti filem, teater, penyaringan, panel, seminar (kolokium), pameran dan sebagainya telah diharamkan.”

 

Hal ini kerana acara-acara LGBT boleh “menimbulkan provokasi dalam masyarakat”, tambah pihak pentadbiran lagi seperti yang dilaporkan dalam sebuh portal.

 

Sebelum itu, Turki mengharamkan festival filem gay German yang sepatutnya diadakan di ibu kota negara itu demi mengelak dari berlakunya kebencian dan serangan keganasan.

 

Pihak berkuasa Turki juga telah mengharamkan penganjuran perarakan tahunan besar-besaran kumpulan gay atas faktor keselamatan sejak 3 tahun yang lalu.

 

Awal bulan ini, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyelar kewujudan kuota untuk gay dalam jawatankuasa komuniti dengan mengatakan bahawa ianya bertentangan dengan nilai-nilai negara tersebut.

 

Justeru,Malaysia juga perlu mengambil tindakan mengharamkan aktiviti tersebut diadakan yang boleh menimbulkan sensitiviti masyarakat yang boleh melanggar undang-undang perlembagaan negara yang menjadikan islam sebagai agama rasmi negara.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*