Tergamak!!Bapa Bunuh Anak Sendiri Berang Bayi Tak Henti Nangis

Share This:

 

Tangisan anak yang tidak henti-henti membuatkan seorang bapa tergamak membunuh anaknya sendiri ekoran berang dengan tangisan kanak-kanak itu dalam satu kejadian tragis di Medan, Indonesia.

 

Menurut sumber,dalam kejadian tersebut, suspek dilaporkan bertindak demikian kerana bunyi kanak-kanak itu menangis dikatakan telah mengganggu suasana nyaman tidur petangnya.

 

Perbuatan jahat suspek itu akhirnya terbongkar apabila seorang lagi anaknya yang menjadi saksi kejadian tersebut menceritakan hal yang sebenar kepada bapa saudaranya.

 

Menurut kanak-kanak terbabit, suspek bertindak menekup muka adiknya sebelum mangsa dikejarkan ke sebuah hospital dan meninggal dunia 20 minit kemudian.

 

“Abah tutup mulut adik macam ini,” kata kanak-kanak berusia sekitar 6 tahun itu.

 

Terkejut dengan pendedahan itu, ahli keluarga mangsa telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

 

Susulan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak kecil berusia dua tahun tersebut.

 

Hasil siasatan polis mendapati pembunuhan ini berpunca daripada tangisan mangsa yang dikatakan tidak henti ketika suspek hendak tidur pada jam 5 petang.

 

Tidak tahan dengan tangisan itu, suspek mengaku bertindak sedemikian dengan menekup mulut kanak-kanak itu menggunakan tangan.

 

“Dia (suspek) mengaku membunuh anaknya lantaran berang dengan bayi yang tak henti menangis,” kata ketua polis daerah berkenaan.

 

Sementara itu memetik sumber,difahamkan keluarga itu dikatakan baru sahaja berpindah ke daerah berkenaan dan orang awam memberitahu suspek merupakan seorang penganggur.

 

Bagaimanapun,menjadi bapa seharusnya bersabar dengan tangisan anak dan ada cara lain untuk menghentikan tangisan anak dan bukan cara membunuh.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*