Punca Disebalik Kebangkitan Sevilla

Share This:

PENGURUS Sevilla Eduardo Berizzo mendedahkan punca yang menaikkan semangat anak buahnya untuk bangkit mengikat Liverpool 3-3 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Berizzo memberitahu anak buahnya bahawa dia menghidap penyakit kanser prostat.

Liverpool dilihat akan memenangi saingan itu tetapi Sevilla bangkit pada 30 minit terakhir untuk merapatkan jurang tiga gol dengan Liverpool.

Ternyata, berita sedih itu memberi tamparan hebat kepada pemain Sevilla tetapi mereka berazam mengikat Liverpool demi Berizzo.

Pada pagi Rabu, pengendali dari Argentina itu disahkan menghidap kanser prostat dan Presiden Sevilla, Jose Castro memberikan reaksi balas terhadap laporan tersebut sejurus keputusan seri 3-3.

“Memandangkan ia isu peribadi dan sukar, saya lebih suka menunggu hari esok (Rabu),” katanya kepada stesen radio Sepanyol, Cope.

Pemain tengah Sevilla, Ever Banega berkata semua di kelab itu berada di belakang Berizzo.

“Dia amat penting kepada kami, dia berada di laluan yang tepat dan kami sentiasa menyokongnya,” kata Banega.

Sementara itu, Pengurus Liverpool Jurgen Klopp bagaimanapun mengakui anak buahnya tidak mempunyai masalah mentaliti selepas peluang mereka untuk menang disekat pada babak kedua.

“Saya tidak meragui mentaliti pemain saya, tidak sedikipun. Mereka sudah memberikan yang terbaik.

“Ya, ia tidak sempurna tapi ia bukan masalah utama. Boleh kita lakukan lebih baik? 100%. Saya tidak fikir ia masalah mentaliti. Ia hanya satu kesilapan,” kata Klopp.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*