Neelofa Sedang Berkawan Rapat Dengan Anak Menteri?

Share This:

 

Baru-baru ini pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa sedang menghadiri jemputan pertunjukan fesyen jenama pakaian terkenal, Victoria’s Secret di Shanghai, China.

 

Dibawakan khas oleh Oppo Malaysia, Neelofa menjadi selebriti tempatan pertama yang mendapat undangan ke pertunjukan popular itu.

 

Sebagaimana yang diketahui, Neelofa adalah duta kepada jenama telefon pintar Oppo.

 

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila Bintang Paling Popular 2016 ini memuat naik foto makan malamnya bersama anak Perdana Menteri Malaysia, Ashman Najib di Insta Story.

 

 

 

Foto tersebut mengundang pertanyaan di kalangan peminat adakah pasangan ini mempunyai hubungan istimewa atau sekadar berkawan.

 

Bagaimanapun,sehingga kini tiada lagi kenyataan rasmi dibuat berkenaan spekulasi hubungan itu.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*