Nak Isi Minyak Tapi Tak Ada Duit, Terus Mengamuk Macam Orang Gila

Share This:

Seolah-olah dirasuk, seorang lelaki merosakkan pelbagai barangan berharga dan mengungut untuk mencederakan orang awam di empat lokasi berasingan di Kuala Nerus.

 
Bersenjatakan pisau, lelaki berusia 30-an itu menuju ke empat premis berkenaan dan tiba-tiba naik hantu.
 
Menurut Harian Metro, kejadian pertama berlaku pada jam 11.30 pagi apbila suspek berpura-pura mahu mengisi petrol keretanya di stesen minyak di Batu Enam, Kuala Nerus.
 
Dia memaklumkan mahu mengisi minyak tetapi tiada wang dan berjanji membayar kemudian sebelum mengeluarkan kad pengenalan sebagai cagaran.
 

 

“Bagaimanapun, pengurus stesen minyak tidak membenarkan suspek mengisi minyak menyebabkan dia berang sambil mengeluarkan pisau lalu memecahkan cermin kedai premis terbabit.
 
“Malah, dia turut memecahkan cermin kereta milik pengurus stesen yang berada berhampiran premis selain mengambil wang tunai di kaunter sebelum melarikan diri.
 
“Lelaki itu sekali lagi mengamuk apabila memecahkan televisyen dan meja dengan pisau di sebuah bank di Dataran Austin Gong Badak, Kuala Nerus jam 2.58 petang.
 
“Dia tiba-tiba mengamuk tanpa mempedulikan orang ramai sebaik saja masuk ke dalam premis itu,” kata sumber.
 
Amukan lelaki itu tidak berakhir apabila sekali lagi membuat kecoh di sebuah bank lain di kawasan sama jam 3.15 petang dengan mengugut pekerja dan orang awam di lokasi kejadian.
 
Pekerja dan orang awam mendiamkan diri manakala dia terus merosakkan komputer, telefon dan meja kaunter menggunakan pisau.
 
“Lelaki berkenaan membuat kacau dengan menjadikan pasar raya di Wakaf Tembesu, Gong Badak sebagai tempat melepaskan amarahnya jam 3.30 petang.
 

Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya ditahan selepas menerima laporan awam.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*