Konstabel Polis Jadi Bapa Ayam, Lacur Gadis Guna WhatsApp

Share This:

Konstabel polis, antara tujuh individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dan kondiminium di Klang dan Setia Alam.

 
Harian Metro melaporkan, anggota polis berusia 26 tahun itu dipercayai menjadi ‘bapa ayam’ dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp.
 
Dalam serbuan, polis turut menemui pakaian seragam polis serta peralatan menghisap syabu.
 

Foto: Harian Metro
Sumber berkata, “Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama.”
 
Sindiket tersebut mengiklankan pelacur sebagai gadis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan.
 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, operasi polis mulai 6.15 petang berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki warga tempatan di sebuah hotel manakala dua lagi individu iaitu masing-masing lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam.

 
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 untuk kes tangkapan kedua itu.
 

Warga tempatan yang ditahan direman empat hari manakala warga asing direman 14 hari.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*