Khalid Samad Sokong Ateis? Tuduh BN Penyebab Fahaman Itu Tersebar

Share This:

Ahli Parlimen PAN-Shah Alam, Khalid Samad hari ini gigih menjalankan tugasnya sebagai balaci DAP apabila menyalahkan kerajaan sebagai punca fahaman ateis tidak mempercayai kewujudan Tuhan tidak mahu beragama berkembang dalam negara ini. Beliau yang merupakan pemimpin buangan dari PAS dulu berkata kerajaan adalah sebaba fahaman itu berkembang.

Biasanya, mereka yang berfahaman ateis ini ialah mereka yang suka mengamalkan gaya hidup songsan dan bebas kerana mereka tidak mahu kerana agama menghalang mereka melakukan perbuatan-perbuatan jalang berkenaan.

Mereka tolak Tuhan dan agama dengan harapan rasa takut dalam diri mereka untuk melakukan dosa besar berkenaan akan hilang. Kerajaan tidak ada kena mengena dalam soal perkembangan fahaman ateis ini. Bagaimanapun, pakatan pembangkang yang cenderung menyokong perkara-perkara songsang dilihat mendorong kepada perkembangan fahaman sakit ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang banyak menyumbang kepada perkembangan ateis kerana sokongan beliau kepada pluralisme atau semua agama adalah sama termasuk Islam. Ada 12 kenyataan Anwar dalam ucapan-ucapannya yang meletakkan agama semuanya sama termasuk kepercayaan untuk tidak beragama.

“Golongan- golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup,” kata Anwar menyatakan Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar.

Budaya pakatan pembangkang yang menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) ini juga menyebabkan fahaman ini semakin menular.

Kebanyakan pengamal budaya-budaya songsang ini tidak mahu mempercayai kewujudan Allah kerana bagi mereka agama hanya menghalang kononnya hak asasi ditegakkan di dunia ini.

Selain itu, kegemaran Anwar dalam kegiatan homoseksual juga boleh dijadikan sebab mengapa lebih ramai orang muda cenderung dan mula keliru tentang agama mereka. Walaupun diketahui meliwat dan melanggan pelacur, Anwar mempermainkan agama dengan menjadi imam serta menyampaikan khutbah dalam masa yang sama.

Pada mereka, jika Anwar yang meliwat pun hipokrit tetap bersolat dan memberikan ceramah berkaitan agama, mungkin Anwar juga adalah seorang ateis dalam diam.

Kata-kata Khalid perlu dibendung dan diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama Islam di negara ini kerana ia boleh mengelirukan rakyat dan orang ramai.

“Kenapa orang meluat dengan agama sebab mereka lihat agama ini sebagai benda yang diperalatkan kerajaan yang korup dan seleweng.

“Orang melihat agama tidak lagi relevan dan mendatangkan kebaikan pada rakyat dan kebanyakan golongan muda mempertikaikan agama kerana ini,” kata Khalid seakan-akan menyokong ateis.

Biasanya DAP sahaja yang buat kenyataan seperti ini sebelum ini, tapi sekarang orang macam Khalid yang berasal dari parti Islam PAS sebelum ini yang sudah boleh buat kenyataan seperti ini untuk terus kekal dalam politik. Mereka menyatakan BN tidak hebat tapi pada masa sama seakan-akan mengaku BN hebat kerana hampir semua yang berubah dalam dunia dan negara ini adalah salah BN.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*