Harga Minyak Turun, Pembangkang Diam Masuk Gua

Share This:

Selepas tidak henti-henti memburukkan kerajaan ketika harga pasaran minyak petrol naik kira-kira lima minggu berturut-turut, hari ini harga runcit bahan api itu turun sebanyak 8 sen untuk RON95 menyebabkan penyokong pembangkang terdiam dan senyap. Penurunan sama direkodkan untuk petrol RON97 dan Diesel hanya turun 2 sen sahaja.

Harga terkini untuk minggu 23 hingga 29 November 2017 ialah RM2.30 (RON95), RM2.58 (RON97) dan RM2.23 (Diesel). Bak kata penyokong bola sepak biasanya, apabila mereka diam di media sosial, pihak berkenaan sudah lari masuk ke dalam gua.

Bukan sahaja harga minyak menurun, mata wang Ringgit juga terus mengukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekarang ia menunjukkan pengukuhan ekonomi negara sepanjang minggu ini. Langkah menstabilkan mata wang negara itu yang dilaksanakan pada Disember 2016 dan Mac 2017 yang lepas berjaya mengukuhkannya.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pergerakan ringgit kini lebih mencerminkan pertumbuhan ekonomi dan tidak lagi dipengaruhi oleh aktiviti spekulasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas turut memaklumkan bahawa Ringgit terus mengukuh meskipun dikecam hebat oleh pembangkang. Beliau berkata, prestasi sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar lain dan ramalan pakar ekonomi menjangka ringgit akan terus kekal stabil.

Tentang harga minyak, apabila ia turun pembangkang akan buat tidak tahu semacam tidak ada perkara yang tidak kena walaupun harga minyak turun dengan kadar yang tinggi. Sekarang ini, ada kumpulan kecil macai pembangkang hendak ambil kredit penurunan harga minyak hari ini selepas mereka yang cuma lima orang berkampung di hadapan bangunan Parlimen selama 42 jam.

Untuk rekod, harga minyak petrol di negara ini ditentukan berdasarkan produk akhir untuk pengguna dan bukan produk mentah atau minyak mentah. Sistem berkenaan menggunakan purata harga produk akhir bukan harga semasa minyak yang belum diproses.

Apabila harga petrol turun, pembangkang sudah tidak ada modal hentak hentam kerajaan atau cuba mewujudkan kontroversi. Jika subsidi terus diperkenalkan, rakyat tidak akan dapat menikmati penurunan harga minyak yang mungkin berlaku setiap minggu. Jika ada subsidi biasanya harga akan dikekalkan mengambil kira pemberian subsidi yang tetap.

Jadi, kata Naib Ketua Pemuda PAN Shazni Munir Mohd Ithnin semalam mendakwa usaha pihaknya berkampung di Parlimen menyebabkan harga turun adalah kenyataan yang tidak berguna sama sekali kerana kedua-duanya tidak ada kaitan.

Jika harga naik pada hari ini, dia akan pusing cerita kata kerajaan tidak mengendahkan rintihan rakyat yang berkampung berjam-jam di Parlimen. Kalau kerajaan mentadbir negara dengan para pemimpin sanggup berkorban apa sahaja, pembangkang pula buat kerja mudah dengan hanya bangkang apa sahaja.

Corak pergerakan harga minyak biasanya jika menurun dengan kadar yang tinggi, ia akan merekodkan beberapa kali penurunan sebelum pergerakannya berubah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*