Gaya Mahathir : Ada Perbezaan Berani Tampil Dan Berani Jawab

Share This:

Rakyat dan pengundi perlu tahu ada perbezaan antara berani tampil dan berani jawab kerana ada orang yang berani tampil tapi dia tidak akan berani menjawab persoalan tertentu untuk mengelak perbuatan jahatnya diketahui umum.

Dalam hal ini, Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad adalah contoh individu yang berani tampil tetapi tidak berani jawab. Dengan kuasa yang ada Mahathir sendiri tahu beliau boleh kawal persoalan yang bakal dihadapi dan dia boleh pilih cara bagaimana untuk menjawabnya.

Bagi Mahathir, perangainya yang jahat ketika jadi Perdana Menteri selama 22 tahun seeloknya jangan disentuh langsung atau dilayan kerana jika dilayan, persoalan yang akan dibangkitkan oleh rakyat akan semakin bertambah dan berlarutan. Gaya Mahathir merujuk kepada program dialog sesi town hall yang diadakan bersama anak muda dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini.

Walaupun berani tampil, Mahathir sudah tahu di dalam mindanya, persoalan apa yang mungkin ditanya oleh para hadirin dan dia sudah bersedia cara untuk menjawabnya jika persoalan berkenaan timbul.

Dalam program itu, Mahathir ditanya apakah beliau yakin dan percaya bahawa bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar sudah melakukan perbuatan lucah bersama dengan lelaki. Dengan berhati-hati, Mahathir meletakkan kesalahan pada pihak polis yang didakwanya mula-mula memberikan laporan berkaitan kegiatan liwat Anwar.

Kemudian baru beliau masukkan peranan iaitu bertemu dengan saksi dan mangsa bertanyakan kesahihan kes liwat berkenaan. Akhir sekali, Mahathir kata dia tidak terlibat di peringkat awal ketika pihak polis memfailkan laporan perbuatan berkenaan.

Pada 13 Ogos 2017, dalam satu program Nothing To Hide 2.0, Mahathir hampir terima padah apabila ada pihak yang tidak berpuas hati kerana dia tidak menjawab soalan dengan baik telah membaling kerusi hingga program menjadi kecoh. Ada pihak dikatakan cedera terkena kerusi serta suar juga dibakar dalam program berkenaan.

Mahathir terpaksa dibawa lari ke tempat selamat untuk mengelakkan beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu cedera.

Sebab itu, sesi dialog town hall berkenaan diadakan dengan hadirin yang tidak ramai cuma kira-kira 100 orang di Petaling Jaya.

Orang ramai kebanyakannya tidak peduli kalau orang tidak berani jawab tetapi cukuplah dengan berani tampil.

Perlu diingat, pendekatan ini yang pembangkang gunakan iaitu berani tampil tapi belum tentu akan jawab persoalan-persoalan tertentu yang dibangkitkan.

Mereka berasa selamat selagi tidak didesak dan ditekan kerana biasanya program adalah anjuran mereka sendiri untuk mereka kawal suasana serta perjalanan program.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*