Ferdinand Kritik Skuad United

Share This:

MANCHESTER United tidak ‘profesional’, jelas bekas pemain kelab tersebut.

Rio Ferdinand mengkritik bekas majikannya itu selepas mereka tewas 1-0 kepada Basle pada aksi saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

United yang hanya perlu keputusan seri bagi memastikan kedudukan teratas dalam Kumpulan A, namun terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.

Anak buah Jose Mourinho itu perlu memastikan kemenangan pada saingan terakhir peringkat kumpulan bertemu CSKA Moscow selepas ini.

Bekas kapten United itu melontar kritikan pedas berkenaan aksi separuh masa kedua yang menyaksikan pasukan pelawat berjaya meraih gol tunggal pada minit ke-89.

“Tiada siapa yang inginkan kekalahan, tetapi gaya mereka tewas itu amat mengecewakan.

“Mereka akan layak tetapi jika anda bermain seperti itu dan membiakan emosi yang mengawal, peluang akan jadi lebih terbuka.

“Ia seperti bermain bola keranjang, tamat satu dan satu permainan. Dan mereka tidak profesionalk di semua bahagian,” jelasnya dalam BT Sport.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*