Farah Nabilah Tiada Niat Pun Nak ‘Overshadow’ Izara Aishah

Share This:

Dicemuh dan dikecam kerana dilihat berlebih-lebih ketika menjadi pengapit pengantin Izara Aishah minggu lalu, pelakon Farah Nabilah berkata itu bukan niatnya. 


Malah Farah,25 berkata pakaian yang digayakan itu adalah permintaan pengantin sendiri selain Datuk Rizalman Ibrahim. 


“Datuk Rizalman meminta agar saya selaku pengapitnya memakai dres berwarna putih dan saya mendapatkan khidmat pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk menyiapkan busana untuk majlis itu.

“Mungkin perincian pada dres itu nampak sedikit sarat walaupun saya cuma pengapit pengantin.

“Tambah pula Izara pun meminta saya untuk memakai dres berwarna putih, jadi saya turutkan sahaja permintaan pengantin.

“Bukan saya seorang yang pakai putih, pengapit pengantin lelaki pun pakai warna yang sama untuk kelihatan cantik ketika bergambar.

“Jadi, tiada istilah overshadow pengantin pun sebab saya rasa sangat terharu untuk berada di samping kawan baik saya ketika hari bahagianya,” katanya. 


Sebelum ini pelbagai kecaman diberikan kepada Farah kerana dikatakan melebih-lebih dan tidak kena dengan majlis. – CARI 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*