DAP Seleweng Duit Mangsa Banjir Sekali Lagi

Share This:

Duit kajian terowong sejumlah RM305 juta diseleweng. Duit gadai tanah di Pulau Pinang bernilai RM16 billion diseleweng. Bajet Pejabat Ketua Menteri DAP Pulau Pinang terus ditambah berjuta juta setiap tahun.

Akan tetapi banjir dan masalah rakyat di Pulau Pinang terus berlaku. Ke mana wang sebegini banyak ini dibelanjakan Guan Eng? Belanja untuk rakyat atau untuk apa?

Buat kutipan derma banjir pakai akaun parti sendiri. Duit yang masuk dalam akaun parti mereka sendiri pun hendak diselewengkan. Jumlah derma yang dikutip mencecah RM6.185 juta, namun jumlah yang DAP agihkan kepada rakyat cuma RM5 juta sahaja. Bukan fitnah, tapi jumlah itu dilaporkan sendiri oleh portal pro pembangkang sendiri iaitu Roketkini.

Mana pergi lagi RM1.185 juta lagi duit mangsa banjir? Takkanlah DAP masuk poket sendiri untuk dibelanjakan semasa PRU14 nanti? Sehingga ke hari ini DAP masih membisu dan tidak mahu jawab persoalan netizen kemana hilangnya lebihan jumlah duit derma rakyat itu.

Selepas itu kerajaan DAP Pulau Pinang pada 9 November 2017 mengumumkan bantuan RM500 secara “one-off” kepada hampir 100,000 isi rumah di negeri itu yang ditimpa musibah. Bantuan itu disalurkan menerusi ‘Program Pulau Pinang Bangkit’ bernilai RM100 juta.

Namun sekali lagi DAP bersikap tidak amanah kepada rakyat. Umum mahu beri kepada 100,000 isi rumah yang menjadi mangsa banjir, tetapi difahamkan hanya 7,000 orang sahaja yang dapat wang RM500 itu.

Jika 7,000 orang sahaja yang dapat RM500, jumlah besarnya baru bernilai RM3.5 juta sahaja sedangkan keseluruhan nilai “Program Pulau Pinang Bangkit” adalah RM100 juta. Ada lagi baki sejumlah RM96.5 juta.

Kemana pergi wang RM96.5 juta ini dibelanjakan? Wang ini belum habis dibelanjakan dan diberikan kepada rakyat, dengan tidak malunya ada seorang wakil rakyat PKR dari Pulau Pinang mohon pula bantuan kerajaan BN pusat sebanyak RM2 billion dalam Dewan Rakyat pada minggu lepas.

14 November 2017, Sim Tze Tzin, ahli parlimen PKR Bayan Baru meminta wang sejumlah RM2 billion dari kerajaan BN pusat untuk bantuan luar jangka bagi mengatasi banjir di Pulau Pinang. Sungguh tidak malu sekali. Bajet 2018 pembangkang undi untuk menolak tetapi hendak minta bantuan dari kerajaan BN pusat pula selepas itu.

Buat apa hendak minta duit lagi, entah entah duit yang diminta itu pun akan diseleweng untuk tujuan lain bukannya untuk tujuan banjir pun. Kerajaan DAP punyai rekod yang tidak baik dalam menguruskan wang untuk atasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Sebelum ini, sejumlah RM40 juta duit tebatan banjir di Bayan Baru dan RM150 juta telah pun disalurkan oleh kerajaan BN pusat. Duit ini tidak pun dibuat untuk projek tebatan banjir. Wang sejumlah RM190 juta entah hilang pergi ke mana bila disalurkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bulan September lepas, Guan Eng mengaku tidak salurkan wang RM22.09 juta untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang. Guan Eng akui tidak salurkan wang itu kepada  Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri, sejak 2008 hingga Jun tahun lalu.

Bukan setahun, tetapi sejak 9 tahun yang lalu. Patulah Pulau Pinang banjir sebanyak 120 kali, duit dari kerajaan BN pusat sudah disalur tetapi Guan Eng seleweng untuk perkara lain. Kemudian hendak berlagak lagi berjanji mahu selesaikan masalah banjir dalam satu penggal sahaja.

Guan Eng pernah sebut pada 15 Disember 2013, “Kami berjanji. Kalau kami menang di Pahang dan kalau kami (DAP) menang di Putrajaya. Beri kami satu penggal dan banjir di Pulau Pinang akan diselesaikan”. Kata kata Guan Eng ini disebut dalam ucapannya di Konvensyen DAP di Shah Alam.

Kerajaan BN pusat telah membantu banyak kali menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang. Baru baru ini pun, Datuk Seri Najib telah umumkan bantuan RM1 billion untuk atasi banjir di Pulau Pinang.

Namun Guan Eng masih lagi cakap Datuk Seri Najib dan kerajaan BN pusat tidak bantu apa apa selepas sahaja Datuk Seri Najib pulang melawat mangsa banjir di Pulau Pinang.

Sudahlah tidak amanah dalam menguruskan wang untuk mangsa banjir, bersikap tidak berterima kasih pula pada tangan yang menghulurkan bantuan. Padahal kerajaan BN itulah yang dicari dan dipanggil menerusi telefon oleh Guan Eng untuk meminta bantuan di tengah tengah malam.

Rakyat Pulau Pinang kena tukar kerajaan barulah selesai masalah banjir di Pulau Pinang. Kini Guan Eng hendak buat pula sistem amaran cuaca sendiri yang bernilai jutaan ringgit.

Nampaknya banjir tidak juga akan selesai. Apa yang pasti, sistem amaran cuaca yang bernilai berjuta ini pun tidak akan siap, yang siap adalah “siap masuk poket sendiri”.

Entah berapa juta lagi wang rakyat akan dirompak atas nama sistem cuaca ini. Kemudian bila banjir berlaku, kerajaan DAP akan beri alasan yang sama iaitu salahkan kerajaan negeri Kedah, salahkan peruntukkan tidak sampai, salahkan ribut dan salahkan hujan lebat yang tidak berhenti.

Berhentilah menyalahkan pihak lain. Duit mangsa banjir RM500 pun diseleweng, rakyat hendak percaya apa lagi?

Jangan percayalah apa sahaja yang keluar dari mulut Guan Eng. Kerajaan DAP hanya fikir seleweng, seleweng dan seleweng. Itu sahaja yang mereka fikirkan, bukannya fikir kebajikan rakyat pun.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*