Damian Mikael Kecam Nyanyian Rap Aiman Tino

Share This:

Penyanyi Aiman Tino mendapat kecaman selepas percubaannya menyanyi rap dikatakan tidak menjadi.


Hal itu dikecam oleh komposer dan juga anggota VE, Damian Mikhail. Menerusi satu status di Facebook, Damian dilihat mengecam nyanyian Aiman bersama kakak, Fara Hezel untuk lagu Terasa Cinta.


Katanya, tindakan Aiman merupakan satu pencemaran dan penghinaan bagi muzik hip hop.


Bukan itu sahaja, katanya lagi jika Aiman menyanyi di hadapannya, dia akan ‘boo’.


Namun, Aiman menerusi Harian Metro berkata dia tidak kisah dengan kecaman itu. 

“Saya pendatang baru, hanya mahu mencuba. Sepatutnya sebagai orang lama, Damian ada cara lebih baik untuk mengkritik.

“Kalau cara saya tidak sesuai, boleh sahaja hubungi pengurus atau saya sendiri.

“Saya tidaklah bodoh sangat tak pandai rap, asas itu memang ada. Saya juga pernah menjayakan persembahan ‘underground’ menyanyikan lagu rap sebelum ini,” katanya. 


Katanya lagi, tindakan Damian itu sebagai tidak profesional kerana menggalakkan lagi kecaman orang ramai di media sosial. 

“Saya harap mereka yang suka mengecam melihat isu ini dari sudut lebih positif.

“Mungkin ada peminat generasi saya tidak pernah mendengar genre muzik dimaksudkan sebelum ini.

“Tidak mustahil penyanyi baru seperti saya boleh membuka pintu kepada peminat untuk lebih mengenali muzik rap yang pernah popular suatu ketika dulu,” katanya lagi. 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*