Berani Lawan Toksik,Adun Wanita Pulau Pinang Digugurkan Dalam Pilihan Raya Umum?

Share This:

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin dari Parti PKR yang dikatakan lantang memperjuangkan isu alam sekitar di Pulau Pinang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana namanya tidak tersenarai dalam senarai calon parti itu.

 

“Tidak, saya tidak ada dalam senarai itu,” kata Norlela dalam laporan yang dipetik oleh Malaysiakini. Kenyataan tersebut menimbulkan spekulasi bahawa beliau mungkin dikeluarkan atas tindakan beraninya mendedahkan kilang haram toksik di Kampung Sungai Lembu, Pulau Pinang.

 

Menurut sumber dalaman berkata,sebelum ini, beliau turut mengakui tindakannya membangkitkan isu kilang haram toksik tersebut menyebabkan kerajaan negeri PH pimpinan DAP tidak menyukainya sekaligus menjadikan beliau mangsa politik toksik.

 

Beliau juga sebelum ini pernah memberi komen bahawa beliau tidak tahan dengan serangan yang dibuat sesetengah netizen, termasuk ugutan akibat terlalu lantang dengan isu kilang haram tersebut.

 

Antara komen facebook di laman muka buku Dr Norlela Ariffin yang dikatakan dikecam oleh seorang netizen daripada ‘Meng Oo’ yang menulis “cilaka punya adun PKR, berani report MACC, nanti u akan tau…”

 

 

Terdahulu, SPRM telah menahan EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang berhubung status kilang tersebut yang dipercayai telah beroperasi secara haram melebihi 10 tahun.

 

Menurut sumber,sebelum ini juga ,Adun PKR, Dr Norlela Ariffin itu juga pernah menangis beberapa kali dalam dewan untuk menyuarakan masalah yang dihadapainya,beliau dikatakan tidak dapat menahan kesedihan semasa persidangan Dun dua tahun lalu apabila segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidak didengari kerajaan DAP Pulau Pinang.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*