Airmata Norzula Menitis Kerana Rakyat

Share This:

AHLI Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh rakyat mempunyai tanggungjawab untuk membawa suara rakyat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan amanah yang telah diberi tidak dapat dilaksanakan dan seperti yang kita maklum amanah tersebut akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Rakyat Kelantan tahu kesungguham Ketua Pembangkang DUN Kelantan yang juga Yang Berhormat dari DUN Paloh Dato’ Norzula Mat Diah membawa hasrat rakyat setiap kali DUN Kelantan bersidang. Namun kali ini, beliau dilihat betul-betul kecewa sehingga menitiskan airmata apabila tidak dibenarkan berbuat demikian malah beliau turut dihalau dari sidang DUN tersebut.

Beliau mahu membahaskan Bajet Kelantan 2018 namun hasrat tersebut tidak kesampaian. Norzula hanya ingin menyampai keluhan rakyat Gua Musang terhadap kebimbangan mereka apabila bukit ditarah, balak di tebang dan Hutan Simpan Kekal diteroka sehingga 200 ribu hektar. Beliau juga ingin menyampaikan kebimbangan penduduk orang asli di Gua Musang terhadap cadangan pembinaan Empangan Nenggiri yang disebut oleh YAB Menteri Besar dalam ucapan belanjawan pada hari pertama persidangan!

Norzula,, sebelum itu meminta kebenaran daripada speaker Abdullah Yakob untuk membahaskan bajet namun tidak dibenarkan atas alasan ia telah dibahaskan oleh 10 wakil rakyat kelmarin.

“Saya tak akan duduk,” tegas Norzula, biarpun diberi amaran terakhir dua kali oleh speaker.

Abdullah kemudian mengarahkan bentara dewan untuk menjalankan tugas mengiringi Adun Paloh itu keluar dari dewan.

“Sila keluar yang berhormat,” balas speaker.

Sebelum keluar dewan, Norzula sempat meluahkan perasaannya.

“Kita terakhir dah ni, tuan speaker… saya ada rakyat, saya ada masalah (nak disuarakan).

“Saya menghormati speaker yang menguasai dewan. Kalau itu tugas speaker beri arahan kepada saya, Tuhan akan balas…”

“Sila keluar, ahli Yang Berhormat,” jawab speaker.

“Tuhan akan balas kerana tidak beri peluang kepada ahli dewan untuk berucap di dewan ini,” tambahnya sambil tersedu.

Sambil menangis teresak-esak, beliau kemudiannya akur dan keluar daripada dewan kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ramai pihak turut berpendapat tindakan speaker DUN Kelantan tersebut sebagai keterlaluan. Mereka juga mempersoalkan mengapa DUN Kelantan begitu teruja untuk menamatkan sidang secepat mungkin.

Sementara itu, Datuk Md. Alwi Hj. Che Ahmad mewakili ADUN BN di Kelantan berkata sebagai Ketua Pembangkang YB Dato’ Norzula Mat Diah sepatutnya diberi laluan untuk terlibat di dalam perbahasan.

Dewan Undangan Negeri dan sessi belanjawan adalah satu-satunya pentas dan ruang untuk ADUN menyampaikan pandangan dan meluahkan sebarang isu termasuk keluhan dari rakyat yang diwakili mereka. Tindakan menghalang ADUN dari menunaikan tanggunjawab ini adalah amat keji.

Walaupun YB Paloh masih belum pulih sepenuhnya dari serangan stroke, beliau tetap gagahkan diri hadir dalam dewan demi menyampaikan suara rakyat yang diwakilinya.

Tindakan speaker untuk tidak bertolak ansur apalagi mempertimbangkan keadaan kesihatannya serta bertegas mengusir beliau dari dewan tidak boleh diterima.

Kenyataan YB Timbalan Speaker yang mengatakan ‘lakonan air mata ‘ adalah tersangat biadab dari seorang muda terhadap YB Paloh, seorang ahli dewan paling lama dalam DUN Kelantan. Ia diluar kesantunan orang Melayu, apalagi datang dari seorang mewakili parti ‘Islam’.

Pada jam 4.30 petang kelmarin (21 November 2017) selepas YB Kelaboran menamatkan ucapan perbahasannya, dua ADUN bangun untuk berucap, tetapi speaker menyatakan hasrat untuk menangguhkan persidangan. Speaker tidak sekali-kali menyatakan sessi perbahasan sudah tamat.

Sikap tidak demokratik DUN Kelantan ini menggambarkan Kerajaan Pimpinan PAS sangat takut untuk menghadapi keluhan dan suara rakyat secara berdepan.

ADUN-ADUN BN Kelantan amat kesal dengan sikap tidak profesional dan berat sebelah ini. Di Parlimen semua ahli-ahli Yang Berhormat di beri peluang paling tidak lima minit untuk bersuara dalam sidang belanjawan.

Sehubungan dengan itu semua ADUN-ADUN pembangkang bersepakat memulaukan sessi seterusnya Sidang DUN untuk tahun 2017.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*