Umat Islam Dilarang Solat,Masjid Ditutup

Share This:

 

Kini umat Islam dikatakan dihalang daripada menunaikan solat di atas jalan dengan menyifatkan ibadah tersebut tidak boleh diterima kerana menggunakan ruang awam setelah pihak berkuasa Perancis menutup sebuah masjid.

 

Menurut sumber berkata, Perancis yang mempunyai hampir 5 juta penduduk Islam menghadapi masalah kekurangan masjid yang kritikal dan keadaan ini memaksa umat Islam di negara itu untuk solat di atas jalan.

 

Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb mengarahkan supaya umat Islam dihalang dari melaksanakan ibadah di atas jalan-jalan di negara itu. “Mereka tidak boleh solat di atas jalan, kami akan menghalangnya,” tegasnya lagi.

 

Menurut sumber dalaman, kira-kira 100 orang ahli politik Perancis cuba menghalang umat Islam daripada menunaikan solat dan mengganggu mereka dengan menyanyikan lagu kebangsaan Perancis.

 

Difahamkan, solat di atas jalan itu diadakan pada setiap hari Jumaat di Clichy sejak Mac lalu bagi membantah penutupan sebuah masjid ter­kenal tempatan yang sebelum ini ber­operasi di dalam sebuah bangunan kerajaan dan kini telah dijadikan perpustakaan.

 

Dalam pada itu, Datuk Bandar Clichy, Remi Muzeau mendakwa terdapat sebuah lagi masjid yang ada di utara Perancis untuk umat Islam menunaikan solat.

 

Walau bagaimanapun, imam masjid menolak cadangan tersebut kerana masjid tersebut terlalu kecil dan kekurangan jaringan pengangkutan yang dapat membawa jemaah mereka untuk solat di sana.

 

Persoalannya di Malaysia ramai ahli politik mendakwa bahawa sistem sekular adalah yang terbaik demi melaksanakan keadilan tidak berbelah bagi untuk semua kaum,namun Perancis dan India dikatakan menjadi contoh negara-negara yang menggunakan nama sekularisme untuk menindas kumpulan minoriti di negara-negara itu.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*