UFO Dirakam Terbang Masuk Ke Atmosfera Bumi

Share This:

Salah seorang kru Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) telah berjaya merakam satu objek misteri (UFO) yang terbang memasuki atmosfera bumi.


Walau bagaimanapun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya memberitahu objek tersebut adalah meteor.


Menurut laporan Metro UK, pakar teori konspirasi berpendapat ia adalah sebagai bukti kewujudan makhluk asing.

Saluran popular, SecureTeam10 yang telah memuat naik video tersebut di Youtube mendakwa NASA cuba menyembunyikan kewujudan hidupan di angkasa lepas.


“Lihat objek bercahaya itu bergerak. Kelajuannya sekitar 136 kilometer sejam jauh lebih perlahan berbanding meteor.”


Pesaningnya,  Lions Ground mendakwa SecureTeam10 sengaja memperbodohkan penonton dengan penyebaran video tersebut.

Foto: metro.co.uk

“SecureTeam10 mengaut kira-kira AS$745 (RM3,100) sehari dengan menyiarkan video palsu bagi memperdayakan peminat objek terbang tidak dikenali (UFO).” 


Klip video yang menyaksikan satu bebola bercahaya bergerak pantas menuju ke atmosfera bumi itu dirakam oleh angkasawan Itali, Paolo Nespoli.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*