Tian Chua Mengaku DAP “BOSS” Pakatan Harapan

Share This:

Selama ini kita dapat membaca beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kepimpinan DAP yang mana mengatakan bahawa  kedudukan mereka bukan sebagai Boss didalam Pakatan Harapan. Dan mereka mengamalkan dasar kerjasama dan membuat keputusan bersama.

Segala kenyataan yang dikeluarkan itu  hanya untuk melindungi peranan  mereka yang sebenarnya didalam Pakatan harapan agar ianya tidak menjadi isu kepada parti-parti Melayu yang ada didalam Pakatan Harapan,

Salah satu bukti yang paling nyata ialah bagaimana DAP melakukan  pemecahan kuasa  memerintah yang ada di Selangor dan  menentukan siapakah yang sepatutnya berada dlam  jawatan terpenting di Selangor.

Jika kita lihat secara kasarnya sepatutnya PKR yang menentukan segalanya dan bukan DAP. Bergitu juga perkara yang berkaitan dengan agenda Melayu Islam dimana DAP telah menunjukkan kuasanya memperngaruhi Azmin agar menyokong segala tentangan terhadap Melayu Islam.

Dalam hal yang lain pula sekutu yang berada didalam Pakatan Harapan tiada seorang  pun yang berani bersuara apabila sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh DAP. Perkara ini sudah cukup menunjukkan siapakah yang berkuasa dan menguasai.

DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan.  DAP dengan tegas dan terang telah mengumumkan secara rasminya bahawa Mahathir hanya menipu orang Melayu sahaja bila mendakwa dia adalah “top dog” dalam pembangkang. “Top Dog” yang sebenar adalah Kit Siang dan DAP, bukannya Mahathir.

Begitu juga dengan PPBM, hanya dilantik timbalan pengerusi sahaja sedangkan kalau ikut struktur Pakatan Harapan, Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan. Ini bukti bahawa DAP sebenarnya yang menentukan semua kedudukan Pakatan Harapan di Pulau Pinang, bukannya Mahathir.

Begitu juga dengan pengerusi DAP Pulau Pinang, Kon Yeow. Sepatutnya beliaulah yang menjadi pengerusi Pakatan Harapan di Pulau Pinang kerana menang undi terbanyak dalam pemilihan DAP negeri dan dipilih sebagai Pengerusi DAP Penang.

Satu lagi nama yang tercicir ialah Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Kenapa namanya tiada dalam senarai? Beliau berada dalam kedudukan tinggi dalam pentadbiran negeri tetapi dalam struktur organisasi parti, namanya tercicir.

Dan jelaslah bahawa setiap percaturan yang berlaku didalam Pakatan Harapan , DAP adalah berfungsi memainkan peranannya bagi menentukan kedudukan jawatan pemimpin yang lain . Ini termasuk pemimpin dari PKR, PAN dan PPBM.

Secara jelasnya, Walaupun nama Lim Kit Siang sengaja disembunyikan dalam senarai organisasi Pakatan Harapan , namun tindak tanduk penasihat DAP itu membuktikan beliau merupakan ketua umum pembangkang. Bukan Wan Azizah, Bukan Mahthir, Bukan Azmin. Tetapi LIM KIT SIANG.

Menurut rekod sejarah, DAP merupakan parti dominan dan menjadi Ketua Pembangkang Di Parlimen, walau apa pun gabungan pembangkang yang disertai parti dominasi Cina itu. Setiap gerak kerja yang dilakukan di Parlimen seharusnya mendapat persetujuan dari DAP.

Pada 1999, sekali lagi DAP memutuskan untuk menubuhkan pakatan pembangkang dengan PAS tetapi pada 2001 DAP keluar daripada pakatan itu dan bergerak secara solo. Keputusan ini tidak pernah sesiapa pun didalam Pakatan Rakyat yang berani membantah.

Tetapi  pada pilihan raya umum 2008, sekali lagi DAP mengumumkan penubuhan Pakatan Rakyat dan selepas pilihan raya umum 2013 mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Disni sudah cukup menunjukkan bahawa DAP adalah berkuasa melakukan apa sahaja.

Semua ini terbukti dengan pengakuan yang dibuat sendiri oleh Tian Chua dalam memperkatakan siapakah DAP yang sebenarnya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua berbunyi,

Sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Pakatan Harapan (PH) ketua sebenar gabungan pembangkang itu adalah DAP, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menurutnya, DAP juga telah menggunakan kuasa mutlaknya untuk menguburkan PR, gabungan tiga parti, DAP, PKR dan PAS pada Julai 2015, walaupun keputusan itu tidak dipertujui parti Keadilan.

“DAP yang umumkan Pakatan Rakyat sudah mati (pada Julai 2015)..saya (DAP) tidak peduli PKR setuju atau tidak, kami (DAP) akan umumkan (PR) sudah mati..,” kata Tian Chua dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DAP merupakan sebuah parti sangat alegik apa-apa sahaja perkara yang berkaitan Islam yang diperjuangkan PAS.

“Sebut saja hudud, sebut saja Islamic state, dia (DAP) loncat,”katanya

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*