Syura Bengang Disamakan Dengan Siti Nordiana?

Share This:

Sering disamakan dan dikatakan meniru Siti Nordiana, penyanyi Syura Badron mengakui berasa kecewa dan juga sedih dengan perkara itu. 


Dia yang kini terlibat dalam program Gegar Vaganza 4 berkata dakwaan daripada netizen itu tidak berasas kerana tiada sebab pun dia meniru Nana memandangkan mereka merupakan sahabat baik. 

“Saya sebenarnya hairan kerana apa saja yang saya lakukan atas usaha dan inisiatif sendiri pasti dikaitkan dengan Nana.

“Contohnya, baju kami kebetulan warna merah dalam Gegar Vaganza (GV4) minggu lalu pun boleh menjadi pertikaian netizen dan saya dikatakan meniru Nana.

“Terus-terang, sepanjang saya menyertai program GV4 ini tidak pernah walau sekalipun saya merujuk Nana untuk mendapatkan pandangan dan buah fikiran daripadanya berhubung corak persembahan sesuai, pakaian, cara nyanyian dan sebagainya.

“Apa yang saya pakai, cara menyanyi dan persembahan dibuat semua ilham sendiri. Ini kerana, saya tahu yang bertanding dalam GV4 sekarang ialah saya dan bukannya Nana,” katanya. 

Katanya lagi meskipun sudah berasa lali bila disamakan dengan penyanyi lain namun dia masih berharap masyarakat memberinya ruang untuk membentuk identiti sendiri.


“Saya kini dalam proses berusaha mencari identiti sendiri. Jadi, tolong beri saya ruang dan peluang itu serta janganlah cepat membuat penilaian.

“Jangan terus mengaitkan saya cuba meniru Nana atau penyanyi lain kerana itu tidak adil bagi saya.

“Saya kini gigih berusaha untuk majukan diri dalam karier seni diceburi dengan cara sendiri,”katanya lagi. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*