Siapa Sebenarnya Kawan Siti Kasim Yang Berpengaruh Itu?- Dr Kamarul Zaman Yusoff

Share This:

 

Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), dalam penulisan yang dimuatkan di laman sosial facebook miliknya, dikatakan menimbulkan persoalan berkenaan kenyataan-kenyataan tidak berpuas hati orang awam berikutan masih tiada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas Siti Zabedah Kasim.

 

Menurut sumber,dalam penulisan bertarikh 20 November 2017, Dr Kamarul Zaman Yusoff, mendedahkan perbualan online antara beliau dan Siti Kasim yang pernah berlaku tidak lama sebelum ini berikutan penulisan bertajuk “Tuan Guru Datuk Nik Aziz Pernah Kata Dr MAZA Bodoh” pada 14 Februari 2017 lalu.

 

 

Tidak berpuas hati dengan posting tersebut, Siti Kasim melontarkan komen berikut “Siapa yang bodoh tuhan ajer yang tahu. Yang ko orang sibuk nak hukum orang ni aper hal? Let God be the judge.”

 

Dr Kamarul Zaman Yusoff kemudiannya mendedahkan, beliau bertanya beberapa persoalan tentang kenyataan-kenyataan kontroversi termasuk mendedahkan beberapa dokumen berkenaan perkahwinan Siti Kasim dengan seseorang bernama Stephen Charles Hedges di Nevada, Amerika Syarikat.

 

“Tindakan saya itu menimbulkan kemarahan Siti Kasim yang menulis “you are an asshole big time”, “Wait till I report you” dan “Just wait mister … I hv screen grab all of you putting my private info” dan “So, what is the purpose of you putting my private info here asshole?”.

 

 

“Paling menarik, antara pelbagai ayat yang digunakan oleh Siti Kasim dalam interaksi yang telah berlaku antara saya dan beliau ialah ayat berbunyi “You have no idea who I know mate” yang menggambarkan seolah-olah beliau mempunyai hubungan rapat dengan “seseorang”.”

 

Menurut Dr Kamarul Zaman Yusoff kemudiannya menyatakan, atas sebab itulah bila persoalan mengapa Siti Kasim tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun membuat banyak kenyataan kontroversi dibangkitkan, beliau sering tertanya-tanya apakah ia mempunyai kaitan dengan “seseorang” yang beliau dakwa beliau ada hubungan rapat ini?

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*