Sejam Tak Keluar Tandas, Rupanya Beranak

Share This:

RAHSIA remaja berusia 15 tahun yang sejam tidak keluar dari tandas di tingkat dua pusat beli- belah di Kota Kinabalu, semalam, akhirnya terbongkar selepas dia rupa-rupanya melahirkan bayi perempuan.

Dalam kejadian 4.30 petang, ibu bapa remaja itu serta adik dan adik sepupunya berjalan-jalan di kompleks berkenaan, sebelum dia meminta izin untuk ke tandas kerana mengadu sakit perut.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley hobden berkata, siasatan mendapati mangsa ke tandas seorang diri, manakala ibu bapa serta adiknya dan adik sepupunya berjalan di kompleks berkenaan.

“Selepas hampir sejam, ibu bapa mangsa pelik selepas mangsa tidak kelihatan lalu memeriksa di dalam tandas.

“Apabila tiba di dalam tandas, anaknya meminta bantuan lalu ibu mangsa membuka pintu tandas dan terkejut apabila melihat mangsa sedang memegang bayi dan mangkuk tandas berlumuran darah.

“Ibu bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1),” katanya.

Rosley berkata, mangsa dikatakan pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki berusia 17 tahun, namun mereka sudah berpisah lima bulan lalu.

“Mangsa dengan teman lelaki melakukan hubungan seks di rumah mangsa di Penampang.

“Ibu bapa mangsa tidak menyedari mangsa sedang mengandung kerana mangsa berbadan kecil dan kurus,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan suspek berusia 17 tahun yang terbabit untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*