Sebenarnya Mahathir Masih Yakin Anwar Memang Meliwat Mangsanya

Share This:

Kenyataan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad dalam satu program bersama anak muda bersama dengan rakan baiknya, Lim Kit Siang yang bercelaru semakin mengelirukan rakyat tetapi tidak mengubah fakta bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya meliwat mangsanya.

Ketika ditanya soalan berkenaan oleh penonton yang kebanyakan dalam satu program dialog Town Hall di Petaling Jaya, Mahathir mengakui bahawa Anwar telah melakukan perbuatan itu atau dalam bahasa yang digunakan iaitu melancapkan lelaki lain.

Mahathir cuba memutarbelitkan kejadian itu dengan memaklumkan kepada hadirin bahawa pihak polis pada awalnya telah menyerahkan laporan tentang salah laku Anwar berkaitan perkara itu tiga tahun sebelum Anwar ditangkap. Kononnya pada masa itu, Mahathir tidak percaya Anwar benar-benar melakukannya.

“Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.

“Tetapi kemudian saya mendapat surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR) yang saya tidak endahkan tetapi polis memberikan laporan teliti,” kata Mahathir.

Bagaimanapun, satu kenyataan Mahathir yang menjadi sejarah dan masih diingati iaitu Mahathir berkata beliau menemubual semua pihak yang terlibat dalam dakwaan itu termasuk mangsa liwat berkenaan dan semua mereka mengesahkan kejadian liwat itu berlaku.

Mahathir pada masa itu mengatakan bahawa, beliau tidak akan membenarkan seorang pemimpin yang rosak akhlaknya menjadi pemimpin kepada negara ini.

Kenyataan itu pada masa itu memenangi hati rakyat yang sebenarnya ditipu oleh Mahathir hidup-hidup.

Selepas 19 tahun kemudian, kini Mahathir sudah sanggup membela Anwar dan disebabkan kuasa dan politik, Mahathir sudah pun berdamai dengan Anwar dan juga menyokong Anwar untuk dipilih menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya.

Kini, adakah Mahathir masih percaya bahawa Anwar meliwat atau tidak sudah terjawab iaitu Mahathir dua kali mengesahkan bahawa Anwar memang meliwat semua mangsa-mangsanya. Mahathir tidak mahu kelihatan seperti terlalu yakin dan akhirnya menuding pihak polis dengan mendakwa pihak polis yang mula mengemukakan laporan kepada beliau berkenaan Anwar.

Kalau dulu, kononnya Mahathir seorang Islam yang baik menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, tapi kali ini Mahathir yang jadi ketua bergandingan bersama Anwar untuk pakatan jadi Perdana Menteri dengan Anwar Perdana Menteri yang pertamanya.

Mereka berdua tidak sewajarnya diberikan mandat langsung untuk mentadbir Malaysia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*