Persoalan Mengapa DAP Mahu Bekerjasama Dengan Mahathir Terjawab

Share This:

Persoalan mengapa DAP begitu mudah berbaik dengan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad ialah kerana perangai Mahathir dalam berpolitik lebih teruk dari parti cauvinis itu dan sifat itu amat diperlukan oleh DAP untuk berjaya mencapai cita-cita mereka.

Sebagai parti pembangkang yang sudah lama gagal menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di negara ini sejak selepas kemerdekaan pun, pemimpin mereka tidak mengejek atau menghina pemimpin Barisan Nasional (BN) sehingga ke tahap kebudak-budakan tapi pada tahap seorang ahli politik yang lantang.

Selepas bertukar menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir sudah berubah daripada seorang lelaki yang memimpin dan mementingkan rakyat kepada seorang yang bersedia untuk mengutuk sesiapa sahaja sesuka hati termasuk sehingga menjadi seperti budak-budak.

Apabila tuduhan menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui portal Sarawak Report pada tahun lepas gagal, Mahathir mula menyerang keperibadian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau menggelarkan Najib perompak, pencuri dan penyangak kerana menuduh Najib mengambil duit rakyat secara salah. Mahathir sanggup mengulangi tuduhan berkenaan berulang-ulang kali dalam ucapan dan ceramah politiknya tanpa bimbang ditangkap atau ditahan.

Baru-baru ini pada satu perhimpunan haram Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, Mahathir mengejek Najib dengan menuduh beliau dan keturunannya yang berdarah Bugis adalah keturunan lanun dan penyamun sampai mencetuskan kemarahan orang Bugis di negara ini.

Pada 17 Oktober lepas, Setiausaha Agung Persatuan Bugis Johor, Md Sah Daeng Matatah berkata kenyataan Mahathir menghina masyarakat Melayu Bugis di seluruh negara termasuk kerabat diraja.

“Tidak patut Tun Mahathir cakap begitu. Itu dah rasis. Berapa ramai orang Melayu Bugis di sini? Sultan Melayu ramai dari keturunan Bugis di Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan ramai lagi.

“Orang Bugis bukan lanun. Itu (lanun) digelar oleh orang putih. Kita (Bugis) adalah pahlawan dan ini juga disebut dalam sejarah,” katanya

Perbuatan seperti ini tidak boleh dilakukan oleh DAP kerana ia akan membuatkan orang Melayu marah kepada mereka seterusnya nanti paa PRU DAP akan kalah lebih teruk. Apabila Mahathir sanggup melakukan perkara sedemikian, DAP tidak perlu lagi buat kenyataan yang menyerang keperibadian orang lain. Mereka boleh memberikan fokus kepada membuat fitnah dan cerita bohong.

Mahathir terlalu menginginkan supaya Najib dijatuhkan dan BN sehingga tidak mementingkan lagi soal berbudi bahasa dan sopan santun. Kini, Mahathir sudah sanggup mengkritik bekas Perdana Menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

DAP bukan mahu berkawan dengan Mahathir sebab Mahathir hebat tetapi sebab Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menghina kebaikan pemimpin BN sampai ke tahap menghina mereka dengan harapan rakyat akan memilih Pakatan Harapan (PH) pada PRU nanti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*