Penjenamaan Semula Lima Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu Bagi Liga Malaysia 2018

Share This:

 

Persediaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2018,Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat satu penjenamaan semula ke atas lima pasukan di bawah kelolaannya.

 

Menurut sumber,Presidennya, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dua pasukan utama akan dikenali dengan nama baharu iaitu Terengganu FA akan digelar Terengganu FC I manakala T-Team ditukar menjadi Terengganu FC II.

 

Tambahnya, Terengganu FC I akan dijadikan sebagai pasukan utama yang akan beraksi dalam saingan Liga Super dan bakal diperkuatkan pemain terbaik dan berkualiti dalam Skuad Penyu.

 

‘Kerajaan negeri telah memutuskan untuk menumpukan satu pasukan sahaja iaitu Terengganu FC 1 dan Terengganu FC II akan menjadi sebagai feeder kepada Terengganu FC 1’.

 

 

Penstrukturan semula akan menyebabkan penjenamaan menjadi Terengganu 1 di Liga Super, Terengganu II di Liga Perdana, Terengganu 3 di Piala Presiden bawah 21 tahun, Terengganu 4 Piala Belia bawah 19 tahun dan pasukan Terengganu 5 di Piala KPM bawah 17 tahun di mana kesemua pasukan ini berada di bawah PBSNT’.

 

‘Kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan yang mungkin tidak memberikan kegembiraan kepada sesetengah pihak tetapi bagi memastikan kita memperoleh kejayaan yang lebih besar maka kerajaan terpaksa menyusun semula kerana jika kita masih lagi menggunakan konsep ketulaan (sama) maka itulah yang akan berlaku pada masa akan datang (hasil yang sama)’.

 

‘Kita perlu berani buat Transformasi dan dengan itu kita telah membuat penstrukturan bagi kedua-dua pasukan utama iaitu Terengganu dan T-Team bagi mengelak seperti belanja yang tinggi seperti T-Team yang kini menelan belanja RM12 juta berbanding RM3 juta pada awal permulaan penubuhan T-Team dahulu’ katanya ketika Kongres Tahunan PBSNT 2017 di Primula Beach hotel hari ini.

 

Hadir sama Timbalan Presiden PBSNT Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

 

 

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar memberitahu satu pasukan pencari bakat akan menjelajah di semua daerah bermula Besut hingga Kemaman untuk merekrut bakat baru untuk diserapkan ke pasukan Terengganu FC II seterusnya ke pasukan utama Terengganu FC I.

 

Dalam majlis yang sama beliau mengumumkan Haji Irfan Bakti Abu Salim dilantik sebagai Ketua Jurulatih merangkap Pengurus pasukan Kerana Terengganu FC 1.

 

 

‘Untuk persiapan pasukan Liga Super Terengganu 2018 PBSNT telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Haji Irfan Bakti Abu Salim sebagai Ketua Jurulatih merangkap Pengurus pasukan kerana kita sedia maklum beliau membuktikan dengan telah berjaya mencapai sasaran membawa Terengganu layak ke Liga Super’.

 

‘Kita akan menyusun strategi untuk membantu Terengganu yang akan bersaing dengan pasukan lain di Liga Super dan kita menyasarkan meraih sekurang-kurangnya mendapat satu piala pada musim depan’.

 

‘Saya berharap semua pemain menunjukkan komitmen, lebih berdisplin, kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi kerana inilah faktor kejayaan kepada pasukan kita’, tambahnya.

 

sumber:terengganutimes

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*