Mustahil Griezmann Ke Manchester United

Share This:

PENYERANG Atletico Madrid Antoine Griezmann mengakui peluang untuk menyertai Manchester United pada Januari depan ‘amat tinggi’.

Griezmann berminat berhijrah ke Old Trafford pada musim panas lalu dan menilai peluangnya menyertai pasukan itu sebagai ‘enam daripada 10’.

Namun pemain berusia 26 tahun itu memilih untuk kekal bersama Atletico selepas larangan UEFA ke atas kelab tersebut untuk mendapatkan pemain gantian.

United bagaimanapun masih berminat dan Griezmann mengakui peluang untuk dia memuktamadkan perpindahan ke England masih lagi terbuka.

“Pada Jun lalu, saya melanjutkan kontrak saya. Saya ada kontrak sehingga 2022. Walaupun saya terlepas beberapa trofi, saya memiliki segalanya di sini untuk gembira. Tapi itu tidak bermakna saya tidak akan angkat kaki suatu hari nanti.

“Saya belum membuat keputusan itu. Ia bergantung kepada pelbagai faktor. Saya tiada masalah untuk berhijrah ke England kecuali cuaca. Tidak mustahil (sertai) Manchester United,” kata Griezmann dalam biografinya.

Setelah gagal mendapatkan khidmat Griezmann, United melakukan bidaan terhadap Romelu Lukaku pada Ogos lalu.

Pemain kebangsaan Belgium itu bermula cemerlang di Old Trafford tetapi Mourinho mahu mencari perancang yang kreatif dan Griezmann menepati kriteria yang dicari.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*