Mula Tanggal Hijab,Neelofa Dikecam Teruk Netizen Gara-gara Hadir ‘Fashion Show’ Pakaian Dalam Wanita Ternama

Share This:

 

 

Bukannya senang untuk menjadi seorang selebriti di Malaysia dan ikon wanita,setiap gerak geri pasti diperhati dan menjadi ikutan, lebih-lebih lagi kalau sudah berhijrah. Itulah apa yang dialami oleh pelakon cantik Hajah Neelofa setelah beliau teruk dikecam kerana menghadiri sebuah pertunjukan fesyen baru-baru ini.

 

Dengar sahaja Victoria Secret pasti ramai yang sudah tahu ianya jenama pakaian dalam wanita yang ternama.

 

Neelofa berkongsikan keterujaannya dan suasana pertunjukan fesyen itu di akaun Instagram miliknya.

 

Namun,beberapa netizen dikatakan kecewa kerana membawa imej wanita islam di luar dengan mengenakan gaya tudung sebegitu berikutan artis tersebut telah berhijarah,seolah-olah tidak sesuai menghadiri pertunjukkan seperti itu.

 

Tambahan lagi,Neelofa juga antara menjadi selebriti pertama Malaysia yang dijemput menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Shanghai semalam.

 

Ada betulnya komen peminat yang menasihatinya.Bagaimanapun,diharapkan Neelofa tidak mudah melatah dengan kata-kata peminat yang mungkin membuatkan Neelofa akan berhati-hati dalam mengenakan fesyennya selepas ini sebagai ikon wanita islam.

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*