Menteri Besar Terengganu Tidak Gagal

Share This:

 

Analisis oleh Hambali Abdul Latif berhubung artikel beliau dikatakan yang panjang lebar dan dilihat artikel ini berat nanang serta dok rok cetong lebih berupa kepada dendam peribadi.

 

Kenapa dendam peribadi?

 

Rakyat Terengganu khususnya warga pentadbiran negeri Terengganu kenal siapa Hambali Abdul Latif dan kenapa beliau dikategorikan sebagai CEO kepada salah satu agensi kerajaan negeri yang gagal menguruskan agensi yang dipertanggungjawabkan.

 

Kalau Hambali ingin menafikan cakap-cakap orang Terengganu ini silalah buat penafian rasmi kenapa beliau meletakkan jawatan selepas agensi yang beliau pacu mengalami kerugian sehingga hampir ditutup.

 

MB Razif berjaya urus negeri dengan baik

 

Gagalkah seorang Menteri Besar yang baru sahaja dilantik untuk mentadbir negeri ini dan dalam tempoh hanya 3 tahun pentadbirannya, beliau berjaya mencipta pelbagai “success story” dengan lebih 190 kejayaan.

 

Tetapi malangnya Hambali yang terkenal dengan kegagalannya cuba membandingkan kononnya ikon kejayaan Kedah iaitu Mukhriz Mahathir dengan MB Razif.

 

Sikap Hambali yang suka menyembunyikan fakta sebenar itulah yg menyebabkan beliau gagal sebagai CEO sebuah agensi satu ketika dahalu.

 

Fakta apa yang Hambali cuba sembunyikan di Kedah?

 

Apa kejayaan Mukhriz di Kedah selama menjadi Menteri Besar selama 3 tahun juga?

 

Betulkah perbandingan Hambali mengenai “success story” MB Razif yang memacu negeri Terengganu berbanding Mukhriz yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO BN Kedah atas ihsan PM Najib kerana jasa Mahathir kepada UMNO waktu itu.

 

Sepanjang pentadbiran Mukhriz, “litar rempit” yang dijanjikan tidak mampu ditunaikan. Itu belum lagi dengan kejayaan-kejayaan dasar negeri Terengganu yang dibawa oleh MB Razif sehingga hari ini.

 

 

Penilaian salah Hambali

 

Bagaimana Hambali tahu Terengganu “sudah berada di tangan pembangkang” dan UMNO kelihatan tidak bermaya di Terengganu?

 

Sepatutnya Hambali sendiri yang perlu merasa malu kerana parti PPBM yang dianggotainya bukan sahaja tidak dipandang oleh DAP dan kepimpinan pakatan harapan malah kedudukan Hambali sendiri sebagai calon PRU belum pasti.

 

Terkini, bukan PPBM yang dilantik sebagai pengerusi pakatan pembangkang di Terengganu tetapi jawatan tersebut diperolehi dengan mudah oleh parti PAN, Raja Bahrin.

 

Bayangkan kedua-dua parti ini, PAN dan PPBM adalah parti yang baru dan persamaan kedua-duanya adalah tidak mempunyai bilangan ahli parti yang boleh dikagumi.

 

Adakah Hambali belum nampak betapa hinanya parti PPBM di mata pembangkang di Terengganu?

 

Transformasi Terengganu Baharu

 

Sesebuah negeri dan seseorang pemimpin yang terbaik boleh berjaya mentadbir negeri dengan cemerlang sekiranya mereka fokus terhadap dasar-dasar yang dirancangkan.

 

Setiap dasar yang dirangka dan dilaksana jika mengikut dasar yang telah diputuskan oleh kepimpinan negeri, maka rakyat boleh melihat negeri tersebut berada di landasan yang betul.

 

MB Razif dan saf kepimpinan negeri Terengganu sudah melakar lebih 190 kejayaan yang majoritinya “people centric” yang menjuruskan kepada sasaran yang tepat dan jelas, iaitu sasaran bantuan kepada rakyat.

 

Fakta Kumpulan Whatsapp

 

PPBM sepatutnya malu mmpunyai dan mengiktiraf Hambali sebagai ‘ikon’ penganalisis politik. Sepatutnya PPBM menyelidik terlebih dahulu latar belakang Hambali yang tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai CEO sebuah agensi kerajaan negeri.

 

Agak lucu ikon penganalisis PPBM yang kononnya disegani di kalangan mereka membuat analisa politik berdasarkan cakap-cakap dalam kumpulan whatsapp syok sendiri.

 

Mana mungkin ahli kumpulan whatsapp syok sendiri, yang berideologi politik yang sama dijadikan sampel mengukur populariti pihak lawan.

 

Sepatutnya Hambali membuat analisa siapakah Pengerusi pakatan pmbangkang di Terengganu yang layak berhadapan dengan MB Razif dengan calon-calon Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

 

Hambali perlu melihat dgn jelas, jangan sesekali mengulangi sifat yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan dalam agensi kerajaan negeri dalam menyokong Raja Bahrin sebagai ikon pembangkang di Terengganu.

 

Takutkah Hambali untuk menjelaskan fakta bagaimana calon ‘katak’ yang suka melompat menjadi pemimpin utama pembangkang di Terengganu.

 

Kesimpulannya Hambali terpaksa hidup dengan menipu pakatan pembangkang Terengganu kononnya beliau adalah penganalisa politik no 1 Pakatan Harapan.

 

Usaha beliau untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO Terengganu masih jauh lagi untuK meletakkan dirinya sebagai “penganalisa politik semasa”.

 

Hambali dok rok cetong
Hambali berat nanang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sumber:terengganutimes

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*