Mejar Zaidi Hina PM Bukti Akhlak Orang Melayu Rosak Bersama DAP

Share This:

SIKAP biadap Mejar Zaidi Ahmad, Pegawai Penerangan kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang semakin melampau. Rakyat Malaysia tidak boleh bertolak ansur lagi maka mereka mula bertindak dengan membuat laporan polis.

Mejar Zaidi dikatakan telah membuat kenyataan jelek dan fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Pertubuhan Alumni Universiti Luar Negara (ALUMNI) tampil membuat laporan polis tersebut.

Encik Naseron Ismail, selaku Setiausaha Pertubuhan Alumni Universiti Luar Negara (ALUMNI) meminta agar sebarang bentuk fitnah media sosial dihentikan. Ini penting untuk menjaga dan menjamin ketetertipan umum, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas laporan polis dibuat.

“Kita perlu memerangi dengan segera, seterusnya mencegah dan membenteras gejala fitnah di media sosial hingga tuntas,” tegas beliau merujuk kepada fitnah ‘dajjal’ yang telah dihambur oleh Zaidi terhadap PM.

“Kepada saya dan ramai rakan-rakan pemerhati politik di luar sana. Kami berpendapat tidak salah jika mengkritik dan menyatakan pendapat secara jujur dan terbuka tetapi biarlah berfakta dan ada subtancenya,” ujar beliau.

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa menuduh seorang Perdana Menteri merompak berbilion ringgit tanpa bukti yang sahih dan nyata adalah satu fitnah. Selain merupakan satu dosa, ianya juga satu kebiadaban yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Ini bukan kali pertama Mejar Zaidi bersikap biadab. Sebelum ini tular di media sosial satu video memaparkan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang menghina anak muda Pulau Pinang sebagai SAMPAH. Video tersebut dirakamkan secara rahsia.

Selain Mejar Zaidi, beberapa orang pemimpin Melayu DAP yang lain turut mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang biadap terhadap orang Melayu dan agama Islam. Rakyat melihat ciri-ciri pegawai pilihan lantikan Lim Guan Eng dan pemimpin kanan DAP lain yang berbangsa Melayu boleh dikatakan angkuh, bongkak dan sombong seperti pemimpin DAP yang lain juga.

Jika kita imbas sejarah silam, penghinaan terhadap bangsa Melayu ini bukan sekarang dilakukan , malah ianya telah dilakukan sejak dahulu lagi yang mana dipelopori oleh Lim Kit Siang.

Melayu DAP ini boleh dikategorikan sebagai “hamba politik” DAP. Mereka ini tidak mampu untuk mempertahankan langsung bangsa dan agama yang mereka anuti. DAP seolah-olah menggunakan Melayu DAP ini untuk terus melakukan penghinaan dan maki hamun terhadap bangsa Melayu dan Islam tanpa sekatan.

Taraf “hamba Politik” berketurunan Melayu ini boleh diumpama kan “hamba abdi” yang digunakan oleh orang orang Inggeris satu ketika dahulu. “Hamba Politik dan”Hamba Abdi” tidak banyak bezanya dengan apa yang dilakukan oleh DAP terhadap orang Melayu Islam.

Ini bukan pertama kali DAP mengeluarkan kata kata penghinaan terhadap bangsa Melayu Islam dalam Negara ini. Tujuannya ialah untuk mencetuskan kemarahan orang Melayu dan menjadikan Negara ini tidak stabil .

Apabila kestabilan dan keamanan dalam Negara tercalar dengan tidak secara langsung DAP akan memainkan peranannya dalam isu kemunduran pelaburan dan kelembaban ekonomi. Ini lah niat jahat DAP terhadap Negara ini.

Dengan mengwujudkan “hamba Politik” yang terdiri dari orang Melayu Islam, DAP dilihat mampu mempergunakan “hamba Politik” ini untuk membentengi tindakan mereka dan usaha untuk meruntuhkan Negara dan kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu.

Orang Melayu rosak apabila mereka bersama DAP.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*