Lukaku Setuju Bayar Pampasan Kepada Polis

Share This:

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku bersetuju membayar wang pampasan kepada polis Beverly Hills selepas mereka bertindak terhadap lima aduan bunyi bising di sebuah kediaman yang disewa pemain tersebut pada musim panas lalu.

Lukaku ditahan pada Julai lalu, seminggu sebelum menyertai United dari Everton dengan bidaan bernilai 75 juta pound sterling.

Pemain kebangsaan Belgium itu akan membayar 340 pound sterling sebagai ganti rugi kepada polis.

Ini bermakna pertuduhan itu dikurangkan daripada kesalahan kecil yang membawa hukuman maksimum enam bulan penjara.

Sebaliknya, Lukaku hanya akan didakwa atas pertuduhan mengganggu ketenteraman yang membawa hukuman denda 76 pound sterling dan kos lain serta penalti.

Kes akan didengar semula di Mahkamah Lapangan Terbang Los Angeles pada 18 Disember depan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*