Lepas Hina Keturunan Bugis, Mahathir Sekarang Hina Perdana Menteri Terdahulu

Share This:

Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad sekarang begitu mudah melemparkan kutukan dan ejekan tidak kira kepada siapa termasuk kepada bekas Perdana Menteri terdahulu yang begitu banyak berjasa kepada negara. Pada Mahathir, pemimpin terdahulu sudah tidak ada jasa kepada beliau sebaliknya cita-cita politiknya dalam PPBM lebih penting.

Dalam satu sesi khas bersama anak muda Mahathir hendak menyelamatkan diri guna alasan kata beliau merupakan bekas Perdana Menteru yang paling cermat dalam menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berbanding tiga Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir hanya menangkap seramai 1,200 orang berbanding zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menangkap lebih ramai orang.

“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi perdana menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi perdana menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.

“Tun Hussein Onn jadi perdana menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” katanya.

Mahathir lupa sejarah bahawa akta ISA ketika zaman Perdana Menteri sebelumnya digubal untuk menangkap dan mengekang gerakan subversif Parti Komunis Malaya ketika itu selepas kemerdekaan bagi memastikan negara kekal aman dan bebas serta berdaulat.

Dalam ucapan beliau dalam program itu yang turut disertai oleh Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Mahathir kata Perdana Menteri terdahulu berkenaan jauh lebih bengis daripada diri beliau kerana tangkap lebih ramai orang di bawah ISA.

Di Dewan Rakyat bertarikh 21 Jun 1960, Allahyarham Tun Razak berkata bukan niat kerajaan untuk suka hati menangkap seseorang individu tetapi ia adalah satu kemestian untuk mengawal keamanan dalam negara.

“Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini.

“Apabila seseorang itu telah ditahan, kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera,” katanya.

Ia berbeza pada zaman Mahathir, apabila individu ditangkap di bawah ISA kerana ingin menjaga kisah hidup politik Mahathir kerana selepas tahun 1989 tidak ada lagi kegiatan subversif komunis dalam negara kerana semua telah berjaya dikawal dan dihapuskan.

28 Oktober lepas ada badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Mahathir memohon maaf kerana menahan 106 orang di bawah ISA dalam Ops Lalang, 30 tahun lepas untuk mengelakkan gerakan menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Mahathir tidak akan puas, tidak dapat hina anak, beliau hina bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua dengan tuduhan bengis kononnya lebih mementingkan kuasa daripada diri Mahathir.

Beliau dalam ceramahnya menuduh Najib tidak ingat akhirat kononnya berbelanja mewah tapi Mahathir sudah jelas tidak memikirkan langsung tentang hari pembalasan apabila tidak berhenti-henti menghina orang lain termasuk mereka yang berjasa dan sudah meninggal dunia.

Mahathir mahu rakyat Malaysia mengagungkan dirinya dan zamannya ketika jadi Perdana Menteri bukannya mengiktiraf jasa pemimpin terdahulu. Pada hemat beliau, hanya zaman beliau adalah zaman yang paling hebat padahal banyak skandal dan masalah dialami negara ketika zaman itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*