Kumpulan Kristal Umum Cari Vokalis Baharu, Mahu Berpecah Dengan Lan?

Share This:

Kumpulan Kristal dilaporkan mengambil keputusan untuk merehatkan vokalisnya iaitu Lan daripada terbabit sebarang aktiviti seni dengan kumpulan itu. 


Memetik Astro Gempak, pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi @Kristalband semalam dan turut diulang diar menerusi akaun Rody.

“Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru. Insya-Allah pengumuman akan dibuat,” tulis akaun rasmi itu. 

Dalam pada itu, Rody turut memuat naik kenyataan Lan dalam satu temubual baru-baru ini yang menyatakan dia mahu bergerak solo. 

“Atas nasihat orang-orang lama kami akan merehatkan Lan. 

“Semoga berjaya dengan hajatnya hendak menjadi penyanyi solo, takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula.

“Insya-Allah aku akan memperjuangkan Kristal bersama Kechik dan Acap. 

“Moga terus berjaya dan harap anda terus menyokong perjuangan Kristal!” tulisnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*