Kisah Lima Beradik,Lima Nelayan Mati Selepas Menikmati Hidangan Telur Ikan Rupa-rupanya…

Share This:

 


Kisah Lima Beradik Mati Selepas Menikmati Hidangan Masakan Yang Disangkakan Telur Ikan Kurau Pada Tahun 1974

 

Menurut sumber, si ayah membeli telur ikan di Pasar Melaka untuk makan sekeluarga. Pada ketika itu Pasar Melaka terletak di tepi sungai Kampung Jawa.

 

Apabila menanyakan penjual itu,dia berkata telur tersebut adalah telur ikan kurau tapi sebenarnya telur ikan buntal yang beracun.

 

Menurut kata si ayah… lima orang anak-anaknya bergelimpangan di keliling tempat makan sebaik makan telur ikan tu.

 

Tidak dapat dibayangkan sedih dan paniknya si ayah dan ibu ketika itu…

 

Melihat kejadian itu,Ibu kepada mangsa mengalami kemurungan buat seketika selepas kejadian tu.

 

 

Gambar menunjukkan kubur lima beradik yang memakan telur ikan buntal

 

Manakala pada tahun 2009 ,perkara sama juga terjadi yang juga mangsa telur ikan buntal.

 

Kisah Lima Nelayan Mati Selepas Menikamti Hidangan Masakan Kari Pada Tahun 2009

 

Keseronokan lima nelayan itu menikmati makanan hasil tangkapan mereka di laut dikatakan bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati dipercayai selepas memakan telur ikan buntal.

 

Menurut sumber,Nordin Sulong, 43, dari Kampung Teluk Bidara, di sini meninggal dunia dalam bot kira-kira pukul 11.15 malam tadi ketika dibawa pulang untuk mendapatkan rawatan.

 

Empat lagi termasuk seorang anak mangsa, Ahmad Hafiz, 18, dimasukkan ke wad Hospital Dungun kerana mengalami keracunan yang teruk.

 

Tiga nelayan yang dirawat selain Ahmad Hafiz ialah Khalid Jusoh, 52, Mohd. Azroy Mohd. Ghani, 21 dan Zainuddin Jaafar, 43.

 

Kejadian berlaku apabila Khalid yang merupakan tukang masak di bot itu dikatakan memasukkan telur ikan buntal itu ke dalam kari yang dimasaknya untuk hidangan tengah hari tanpa menyedari ia beracun…

 

Khalid ketika ditemui di bilik rawatan hospital itu berkata, kejadian berlaku selepas mereka menikmati juadah hidangan tengah hari semalam.

 

“Selepas makan, kami semua berehat sambil berbual-bual. Hampir sejam selepas itu, badan saya tiba-tiba rasa kebas dan pening kepala. Saya bertanya dengan rakan yang lain, mereka juga turut merasa sedemikian.

 

“Makin lama, ia semakin teruk. Nordin yang juga tekong bot kami akhirnya membuat keputusan untuk pulang kira-kira pukul 8.30 malam,” katanya.

 

Khalid memberitahu, ketika dalam perjalanan pulang, hanya dia yang mampu mengemudi bot terbabit kerana rakannya yang lain terbaring sambil menahan kesakitan.

 

Namun begitu, katanya, dia tidak terlintas bakal berlaku kejadian buruk malah yakin mereka semua akan selamat.

 

“Sangkaan saya rupa-rupanya meleset. Selang beberapa jam kemudian, Nordin tidak lagi bergerak,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Suprintendan Dahlan Mohd. Noor ketika dikatakan dihubungi mengesahkan kejadian itu.

 

Beliau berkata, mangsa dipercayai mati akibat termakan makanan beracun.

 

“Hasil soal siasat ke atas nelayan yang memasak makanan tengah hari itu mendapati, dia memasukkan beberapa biji telur ikan buntal ke dalam kari masakannya.

 

“Ketika memasukkan telur ikan tersebut mereka tidak menyedari racun dalam perut ikan itu melalui hempedunya turut termasuk dalam telur ikan terbabit,” katanya.

 

Beliau berkata, jenazah mangsa dituntut oleh keluarganya dan dikebumikan di Kampung Teluk Bidara, di sini.

 

 

Bahayanya Telur Ikan Buntal

 

Menurut sumber,bahagian ikan fugu atau dikenali ikan buntal yang paling beracun adalah hati, telur serta saluran pencernaanya.

 

Malah bahagian daging juga dikatakan boleh beracun jika bahgaian organ dalamannya bercampur dan tercemar ke bahagian daging. Daging ikan buntal yang tercemar akan menyebabkan kematian bagi mereka yang memakannya.

 

Sayangnya, racun pada ikan buntal belum ada penawarnya. Daging ikan fugu yang tercemar racun tidak akan hilang walaupun iannya sudah dimasak.

 

Justeru,ketahui jenis telur ikan yang boleh di makan dan tidak mempunyai racun sebelum masukkan ke dalam sesuatu masakkan untuk di makan.

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*