Keputusan Tepat, Matlamat Jelas Pasukan Bola Sepak Terengganu

Share This:

 

T-Team antara Pasukan bola sepak berstatus kelab ,sudah berada dalam kancah bola sepak tanah air selama sepuluh tahun sejak ianya ditubuhkan pada 2006 yang lalu.

 

Menurut rekod sejak penubuhan pasukan T-Team diasaskan pada 14 Julai 2006 sebagai PBDKT T-Team FC seterusnya didaftarkan melalui Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu.

 

Pada musim 2007/08, T-Team menyertai Liga FAM dan muncul johan dalam kejohanan tersebut dan selaku juara, T-Team layak beraksi dalam Liga Perdana Malaysia pada musim berikutnya (2009).

 

Setelah beraksi dalam liga perdana musim 2010, T-Team layak beraksi dalam Liga Super Malaysia setelah muncul naib juara liga dan pada musim 2014 pasukan T-Team diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.

 

Terengganu ketika ini mempunyai dua pasukan yang akan bermain dalam liga utama Malaysia 2018 setelah pasukan Terengganu FA menjadi Naib Juara dalam liga perdana musim 2017 dan T-Team menduduki tangga ke sembilan dalam liga super.

 

Kedua-duanya memelukan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk menyertai liga bola sepak dalam negara ini yang mana hampir keseluruhan perlanjaan pasukan datangnya dari kerajaan negeri.

 

Perbelanjaan

 

Pada tahun 2017, kerajaan negeri Terengganu telah mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar untuk kedua-dua pasukan yang mana melibatkan hampir RM 30 juta dan mengikut rekod sepanjang sepuluh Tahun T-Team tidak pernah memenangi Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

 

Disebabkan beberapa faktor kemerosotan pasukan tersebut, satu penstruktur semula secara besar-besaran dilakukan dengan dua pasukan utama akan dikenali dengan nama baharu iaitu Terengganu FA akan digelar Terengganu FC I manakala T-Team ditukar menjadi Terengganu FC II.

 

Manakala Terengganu FC I akan dijadikan sebagai pasukan utama yang akan beraksi dalam saingan Liga Super dan bakal diperkuatkan pemain terbaik dan berkualiti dalam Skuad Penyu.

 

Sebelum ini juga cadangan dari adun pembangkang Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) yang pernah mencadangkan supaya kerajaan negeri membubarkan T-Team yang dianggap sebagai membazir dan menggunakan peruntukan itu untuk kegunaan pembangunan belia Terengganu.

 

Bagi pihak pengurusan kerajaan negeri, pendekatan pembubaran bukan satu cara penyelesaian yang terbaik dan demi mencapai keputusan terbaik bagi musim 2018 ini, penstrukturan pasukan amat diperlukan.

 

Rekod Pencapaian

 

 

Keputusan Tepat dan Jelas  

 

Terengganu mempunyai ramai pemain-pemain berbakat yang mana telah menempah nama diperingkat negeri dan juga negara. Ramai dari kalangan pemain-pemain Terengganu telah berjaya dalam pasukan negara, negeri-negeri dan juga kelab. Terengganu telah berjaya menjadi kilang bakat pemain bola sepak yang mana  dilahirkan kini sedang menerpa nama dengan beberapa pasukan gergasi bola sepak tanah air dan ada yang menjadi kesebelasan utama pasukan negara kini.

 

Kerajaan negeri Terngganu hari ini sangat mengambil berat terhadap prestasi kedua-dua pasukan utama yang telah bermain dalam liga utama negara dan sekarang ini satu penstruktur semula dengan mengutamakan kualiti pasukan dan bukan kuantiti dalam penyertaan sesuatu liga yang mana akan bermula awal tahun 2018 ini.

 

Penstrukturan semula akan menyebabkan penjenamaan menjadi Terengganu 1 di Liga Super, Terengganu II di Liga Perdana, Terengganu 3 di Piala Presiden bawah 21 tahun, Terengganu 4 Piala Belia bawah 19 tahun dan pasukan Terengganu 5 di Piala KPM bawah 17 tahun di mana kesemua pasukan ini berada di bawah PBSNT.

 

Kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan yang mungkin tidak memberikan kegembiraan kepada sesetengah pihak tetapi bagi memastikan kita memperoleh kejayaan yang lebih besar maka kerajaan terpaksa menyusun semula kerana jika kita masih lagi menggunakan konsep ketulaan (sama) maka itulah yang akan berlaku pada masa akan datang (hasil yang sama).

 

Terengganu perlu berani membuat Transformasi dan dengan itu kita telah membuat penstrukturan bagi kedua-dua pasukan utama iaitu Terengganu dan T-Team bagi mengelak seperti belanja yang tinggi contohnya T-Team yang kini menelan belanja RM12 juta berbanding RM3 juta pada awal permulaan penubuhan T-Team dahulu.

 

Hanya pasukan bola sepak di Terengganu sahaja yang mendapat dana yang cukub besar setiap tahun berbanding pasukan di negeri-negari lain dan walaupun dana yang sedikit tetapi pasukan mereka berjaya menjadi antara yang terbaik dalam negara ini seperti Selangor, Kedah, Pahang, Perak, Kelantan dan lain-lain.

 

 

sumber:terengganutimes

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*