Kematian Mencurigakan, Ibu Bapa Terkejut Organ Dalaman Anak Lesap

Share This:

Ibu bapa kepada seorang pelajar yang mati di Sekolah Persediaan Akademik Angkatan Tentera Thailand terkejut bila mendapati organ dalaman anaknya itu hilang.

 
Kematian Pakapong Tagang, 18, pada 17 Oktober menimbulkan tanda tanya kerana keluarga tidak menerima sebarang butiran mengenainya.
 
Menurut laporan Coconuts Bangkok, sijil kematian yang dikemukakan nampak mencurigakan dan hanya menyatakan anaknya yang juga seorang pelumba profesional mati akibat serangan jantung.
 

 

Disebabkan ragu-ragu pasangan tersebut,  Pichet dan Sukanya Tanyakan  melakukan autopsi secara rahsia di Chonburi.
 
Mayat anaknya dibawa keluar dari hospital tanpa pengetahuan sesiapa pun dan peti mayat dibiarkan kosong.
 

 Foto: Cococuts Bangkok
Hasil autopsi mendapati, jantung, perut, pundi kencing dan otak pelajar lelaki itu hilang dan tengkoraknya disumbat dengan kertas tisu.
 
Tulang rusuk dan dua tulang leher patah, selain terdapat lebam dalaman di perut dan belakangnya.
 

Pakapong Tagang dan ibu bapa, Foto: Cococuts Bangkok
Doktor memberitahu ia berlaku mungkin disebabkan pelajar itu dipukul sebelum kematiannya.
 

Ibu bapanya menuntut jawapan dan meminta agar organ tersebut dikembalikan semula.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*