Colclough Gegas Ke Hospital Selepas Dua Gol

Share This:

PEMAIN sayap Wigan, Ryan Colclough tidak akan melupakan tarikh 21 November 2017.

Pada perlawanan bertemu Donacaster, Colclough berjaya menjaringkan dua gol pada babak pertama perlawanan.

Namun pada babak kedua pemain berusia 22 tahun itu diletakkan sebagai pemain simpanan dan diarahkan ke hospital dengan segera.

Ia kerana pasangannya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang merupakan anak kedua pemain berusia 22 tahun itu.

Colclough tiba di hospital lengkap dengan kit pasukan dan mendukung bayinya.

Pembantu kelab Liga Satu itu, Leam Richardson memberitahu: “Separuh masa pertama kami menerima pesanan bahawa air ketuban pasangannya telah pecah dan melahirkan anak kedua.

“Sebaik sahaja dia menjaringkan gol kedua, Colclough keluar padang kerana ketika itu fikirannya sudah jauh melayang.”

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*