Zizan Razak Cedera,Akui Tidak Ambil Berat Kesihatan Diri

Share This:

 

Ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 pada Isnin lalu,pelakon Zizan Razak dikatakan mengalami kecederaan ringan dan memberitahu punca sikap terlalu kuat bekerja menyebabkan dia keletihan.

 

Menurut sumber,Zizan, 33, turut mengakui dia tidak mengambil berat tentang kesihatannya kerana komitmen diberikan terhadap karya itu selain sedar jangkaan peminat terhadapnya tinggi.

 

“Alhamdulillah kecederaan yang saya alami tidak serius hanya ringan sahaja dan ia berlaku pun kerana salah sendiri yang terlalu kuat bekerja dan letih.

 

“Komitmen saya terhadap Polis Evo 2 memang tinggi kerana saya sedar jangkaan dan harapan peminat juga sama sehingga terlupa tentang kesihatan diri sendiri.

 

“Jangan bimbang saya okay dan produksi pun minta saya berehat sahaja hari ini sebelum sambung kembali penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

 

Pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak ini menerusi Instagram mendedahkan mengalami kecederaan ringan selepas menjalani babak aksi filem arahan Ghaz Abu Bakar itu.

 

Pelakon itu juga turut meletakkan tanda pagar #kitaok sebagai makluman kepada peminat dia tidak mengalami kecederaan serius.

 

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia mula berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu namun tetap berdegil meneruskan penggambaran yang banyak melibatkan babak aksi.

 

Kata Zizan, kejadian pada Isnin adalah kemuncak apabila dia tiba-tiba berasa pitam sebelum rebah sehingga dia mengalami cedera ringan.

 

“Dalam fikiran saya satu sahaja iaitu ingin memberikan persembahan terbaik menerusi Polis Evo 2 dan memang tak fikir benda lain dah”,jelasnya yang memberi komitmen yang tinggi terhadap pengambaran itu.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*