Siti Kasim Puji Asiah Abd Jalil Adalah Aset Bagi Masa Depan Negara

Share This:

 

Baru-baru ini peguam penuh kontroversi Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim) itu dikatakan memuji Asiah Abd Jalil adalah aset bagi masa depan negara Malaysia dan memandang tinggi pada wanita itu.

 

Menurut Siti Kasim lagi, Asiah Abd Jalil yang amat beliau hormati dan kagumi itu juga selalu menyatakan betapa tinggi pandangannya terhadap diri Siti Kasim.

 

Peguam itu berkata, “Dia sentiasa mengatakan bahawa dia amat memandang tinggi terhadap saya tetapi saya sendiri yang berasa sungguh hormat dan kagum akan kekuatannya, ketahanannya, kebijaksanaannya dan keteguhannya.” “Asiah adalah satu aset bagi masa depan negara kita. Terima kasih Asiah.”

 

Wanita yang mengaku sengaja meninggalkan solat fardhu dikatakan protes pada suami itu diramalkan oleh Siti Kasim sebagai bakal menjadi peguam yang hebat pada suatu hari nanti.

 

Oleh itu, Siti Kasim berikrar untuk membantu beliau menjadi seorang peguam yang bertauliah.

 

Siti Kasim berkata, “Dia menawarkan bantuannya untuk beberapa kes Orang Asli dan kerana kami percaya wanita ini suatu hari nanti akan menjadi peguam yang hebat dan sungguh layak untuk menjadi ahli Majlis Peguam, kami akan bantu beliau menyertai Majlis Peguam secepat mungkin.”

 

Menurut sumber,Asiah Abd Jalil pernah mendakwa kononnya masih belum menjadi peguam kerana disekat oleh peguam yang menyelianya sepanjang tempoh Latihan Dalam Kamar kerana enggan menerima saham dosa atas perilaku Asiah Abd Jalil yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Islam.

 

“Asiah, Saha Deva akan membawa perkara kamu ini ke mahkamah demi kamu. Hubungi saya atau dia. Mari benamkan as*hole ini,” sokong Siti Kasim.

Bagaimanapun,beberapa hari lalu, Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan dikatakan telah membuat laporan polis terhadap Asiah Abd Jalil mengenai kenyataannya yang disifatkan menghina keperibadian dan keluarga Rasulullah S.A.W.

 

Semoga islam dipelihara daripada kesesatan dan penghinaan.

 

-PRU14.TV

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*