Parti-parti Pembangkang Sangat Bercanggah

Share This:

(Malaysian Chinese News) – Para pemimpin DAP berkata pada mesyuarat pemilihan semula parti itu bahawa pilihan raya umum akan datang mungkin adalah yang paling kotor dalam sejarah negara dan menggesa rakyat Malaysia supaya bersedia menghadapi pilihan raya yang tidak adil dan tidak profesional.

Dari pilihan raya 308 hingga 505, para pemimpin pembangkang selalu mendakwa bahawa Barisan Nasional telah menggunakan taktik kotor dalam setiap pilihan raya. Tetapi kita semua tahu sama ada Barisan benar-benar menggunakan taktik kotor dalam pilihan raya atau tidak. Akan tetapi, perlu ditekankan di sini, bagaimanapun, bahawa Mahathir juga telah mendedahkan dalam artikelnya bagaimana beliau menggunakan semua jenis taktik kotor, termasuk penempatan semula pengundi, menggunakan wang dan bahan untuk menyogok serta mengawal sistem pengawasan, untuk membolehkan Barisan terus berkuasa.

Sudah tentu beliau tidak diserang oleh pemimpin Pakatan Harapan selepas pendedahan itu. Lagipun, mereka berada di sisi yang sama sekarang, sebarang salah laku Mahathir dapat dirasionalisasi.

Barisan telah diserang tanpa henti oleh parti-parti pembangkang bila-bila sahaja persepsi mengenai pilihan raya tidak adil diperkatakan. Serangan itu akan berterusan sehingga pembangkang mengambil alih kerajaan pusat.

Ramai orang selalu meragui dakwaan oleh pembangkang bahawa Barisan bermain kotor dalam pilihan raya. Mereka fikir jika Barisan memainkan permainan yang kotor dan tidak adil, kenapa mereka kehilangan kuasa di Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak (yang mana telah diambil kembali selepas perubahan kuasa)? Barisan hanya mendapat semula kuasa di Kedah dalam pilihan raya 505 dan jangan lupa hakikat bahawa Barisan telah gagal untuk mengambil semula Kelantan untuk banyak penggal.

Mungkinkah Barisan dengan sengaja memberikan kuasa? Atau adakah parti-parti pembangkang juga telah meniru Barisan dalam bermain secara kotor? Percanggahan itu sangat menarik.

Apa-apa pun, para pemimpin pembangkang sentiasa menegaskan bahawa pilihan raya adalah adil di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang manakala Barisan bermain kotor di negeri-negeri yang pembangkang gagal menang. Ini juga termasuk kerajaan pusat.

Ringkasnya, apabila pembangkang mendapat manfaat, ia adalah adil pada pemimpin pembangkang tetapi apabila Barisan yang mendapat manfaat, ia adalah tidak adil.

Ambil contoh lain. Ketika Anwar pertama kali didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat kerana bukti yang tidak mencukupi, pemimpin pembangkang menyatakan bahawa keputusan itu adil. Tetapi apabila Anwar akhirnya didapati bersalah dan dipenjara, mereka menjerit bahawa keadilan telah mati dan badan kehakiman telah dimanipulasi oleh Barisan di belakang tabir.

Tambahan, apabila SPRM berdiam diri, pemimpin pembangkang akan membuat semua jenis serangan. Apabila SPRM mengambil tindakan terhadap pegawai yang menerima rasuah, pemimpin pembangkang menyindir bahawa hanya ikan kecil yang ditangkap, malah menuduh SPRM hanya berlakon sahaja. Apabila SPRM menangkap ikan besar tetapi suspek dibebaskan, pemimpin pembangkang akan berkata: “Lihat, betul kata saya. SPRM hanya berlakon sahaja.”

Parti-parti pembangkang kadang-kadang sangat bercanggah. Walau bagaimanapun harus diingatkan di sini bahawa kebencian telah bertambah terhadap tingkah laku parti pembangkang yang sentiasa mengatakan bahawa mereka adalah benar sambil mengabaikan perkara-perkara yang tidak menguntungkan mereka. Itulah salah satu sebab mengapa pengundi tertentu telah kecewa dan memutuskan untuk tidak mengundi dalam pilihan raya akan datang.

– Malaysia Today

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*