Nga Kor Ming Biadap Bila Hina Orang Melayu

Share This:

Bagaimana mahu DAP sembunyikan dan menafikan lagi sikap rasis yang telah menjadi amalan dalam parti mereka. Sebelum ini bermacam macam alasan yang  diberikan dan menyangkal  tindakan mereka yang dikatakan rasis.

Hari ini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana DAP  memaki hamun bangsa  dan kaum lain yang tidak sealiran dengan mereka. Dasar demokrasi yang dilaungkan bukan untuk rakyat, rakyat harus sedar hal ini.

Dasar demokrasi yang dilaungkan itu hanya untuk membolehkan DAP melakukan dan memperkatakan apa sahaja  dan perkataan demokrasi ini juga dijadikan benteng  untuk melindungi ucapan mereka.

Tetapi jangan kita lupa bahawa demokrasi itu tidak pernah wujud  langsung untuk rakyat yang telah dijadikan “hamba politik” DAP. “Hamba Politik” DAP hanya  perlu menganggukkan kepala sahaja dan bersetuju dengan apa sahaja yang disarankan atau dicadangkan oleh DAP.

Cadangan yang melibatkan penghinaan terhadap kaum lain atau anutan agama kaum lain bukan menjadi masalah kepada DAP untuk melakukannya. Bagi DAP  mereka adalah kaum chauvanis yang tidak perlu mendengar apa juga bentuk cadangan dan  pandangan kaum lain.

Begitu juga dengan “hamba politik” berketurunan Melayu DAP. Mereka ini tidak mampu untuk mempertahankan langsung  bangsa dan agama yang mereka anuti. DAP sewenangnya terus melakikan penghinaan dan maki hamun terhadap bangsa Melayu dan Islam tanpa sekatan.

Taraf “hamba Politik” berketurunan Melayu ini boleh diumpama kan “hamba abdi” yang digunakan oleh orang orang Inggeris satu ketika dahulu. “Hamba Politik dan”Hamba Abdi”  tidak banyak bezanya  dengan apa yang dilakukan oleh DAP terhadap orang Melayu islam.

Ini bukan sekali DAP mengeluarkan kata kata penghinaan terhadap bangsa Melayu Islam dalam Negara ini. Tujuannya ialah untuk mencetuskan kemarahan orang Melayu dan menjadikan  Negara ini tidak stabil .

Apabila kestabilan  dan keamanan dalam Negara tercalar dengan tidak secara langsung  DAP akan memainkan peranannya  dalam isu kemunduran pelaburan dan kelembaban ekonomi. Ini lah niat jahat DAP terhadap Negara ini.

Oleh yang demikian DAP semestinya  mengwujudkan “hamba Politik” telebih dahulu yang terdiri dari orang Melayu Islam agar  “hamba Politik” ini akan dapat membentengi tindakan mereka dan usaha untuk meruntuhkan Negara dan kerajaan yang dipimpin oleh orang mealyu.

Jika kita imbas sejarah silam, penghinaan  terhadap bangsa Melayu ini bukan  sekarang dilakukan , malah ianay telah dilakukan sejak dahulu lagi yang mana diketuai oleh Lim Kit Siang.  Apakah sejarah masih lagi berbohong tentang kejadian ini?

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

“Melayu bangsat”, “Melayu balik kampung”, “Malaysia kami punya”, “Pergi jahanam Melayu, Umno” adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.

Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.

Tetapi ianya amat berlainan dengan apa yang berlaku sekarang dimana “Hamba Politik” Melayu Islam yang bersama DAP terus tersenyum apabila bangsa mereka, Agama mereka terus dihina dipijak oleh DAP hanya kerana politik.

Jelas bahawa sesiapa juga yang telah menjadi “hamba politik” DAP tidak akan mampu mempertahankan  bangsa diri mereka sendiri  dan mereka ini sudah tiada maruah diri untuk dipertahankan lagi. Apa yang ada pada diri mereka hanya  ganjaran hasil dari meruntuhkan bangsa dan agama sendiri.

Baru baru ini  Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dikatakan telah menunjukkan kebiadapannya apabila dengan celupar  menuduh Melayu Pukimak terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

“Ini orang Melayu Pukimak,” kata Kor Ming dalam satu ceramah kepada masyarakat Cina di Kampung Simee pada 16 Nov, menurut sumber. Nga dilihat berani berbuat demikian  kerana dia sedar bahawa “hamba politik” Melayu Islam  yang telah dicipta DAP akan mempertahankannya

Ini lah racist racist DAP. Mereka lah yang tanam kebencian yang menyebabkan Cina benci sama Melayu dan Melayu benci sama masyarakat Cina. Mengwujudkan rasa syak wasangka diantara kaum agar  keteraman  dan keharmonian dalam Negara tercalar.

  • pru14.tv

Video yang sedang viral di media sosial

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*