Nabil Ahmad ‘Serang’ Balik Kritikan Chef Wan

Share This:

Selepas ditegur secara terbuka oleh cef selebriti, Chef Wan menerusi laman Instagram, nampaknya pengacara Nabil Ahmad membuat video untuk menjawab semula isu tersebut. 


Jika sebelum ini, Chef Wan mengkritik Nabil agar perlu belajar untuk memberi laluan kepada juri ketika memberikan komen.


Ia bukan kali pertama Chef Wan menegurnya. Malah sebelum ini pun ada laporan menyatakan Nabil dan juga Jihan Muse terasa dengan cara Chef tersebut menegur mereka. 

Kali ini, Nabil tampil dengan jawapan balas dan ternyata dia nampak kurang senang dengan cara Chef Wan mengkritiknya.


Menerusi video berdurasi 1 minit itu, Nabil berkata kritikan yang diberikan itu hanya membuka peluang kepada para netizen untuk mencaci, maki dan menghina dirinya. 


Nabil juga mengingatkan Chef Wan, dia sudah mengacarakan program Gegar Vaganza selama 4 musim dan konsepnya tetap sama seperti dulu. 
 



Tidak salah untuk melontarkan pendapat, namun gunakanlah platform yang betul, kata Nabil lagi. 


Dalam pada itu, Nabil tetap merendahkan dirinya dengan mengucapkan terima kasih kepada Chef Wan atas nasihat yang diberikan. Apa pula pendapat anda? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*