Mengerang Nama Jantan Lain, Suami Berang Sembelih Bini

Share This:

Seorang suami yang berang bertindak menyembelih isterinya menggunakan pisau dapur ketika tidur hingga mati.

 
Menurut laporan media tempatan Indonesia, Anwar, 30 mengelar Wani, 25 gara-gara isterinya itu mengigau dalam tidur dengan menyebut nama lelaki lain.
 
Menurut sumber Tribunnews, Wani telah berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama, dan disebabkan sunyi ketika suaminya keluar bekerja, dia kerap melayari Facebook.

 

Difahamkan dari situlah dia menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih gelapnya dan berjumpa tanpa pengetahuan Anwar.
 
Kejadian yang berlaku di Tebing Tinggi, Medan, Indonesia itu menyaksikan Anwar membaca mesej-mesej cinta isterinya.
Kemarahannya memuncak dan mengambil keputusan untuk mengelar leher isterinya sehingga hampir putus sebelum menyerah diri pada pihak polis keesokan harinya. 
 

Pegawai polis, AKP Mohd Hamid mengarahkan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat wanita berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*