Lukis Kemaluan Lelaki Di Udara, Juruterbang Jet Digantung Tugas

Share This:

Gara-gara tindakannya melakar gambar alat sulit lelaki di ruang udara, seorang juruterbang jet pejuang tentera laut Amerika Syarikat telah digantung tugas.


Menurut laporan The Independent, juruterbang tersebut telah meninggalkan jejak alat sulit gergasi di udara menggunakan jet F/A-18.

Lakaran itu telah disaksikan oleh ramai orang dan  dianggap sebagai sesuatu yang sangat memalukan.

Jurucakap tentera Leftenan Komander Leslie Hubbel berkata, insiden berkenaan sedang disiasat dan pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan.


“Tindakan yang dilakukan oleh juruterbang terbabit tidak beretika dan tidak boleh diterima sama sekali.”

Foto: www.independent.co.uk

Pasukan tentera laut juga meminta maaf atas perbuatan tidak matang itu.


Seorang saksi berkata, dia sedang membeli barang ketika melihat lakaran tersebut.


“Selepas ia membuat pusingan di bahagian atas, saya dapat tangkap apa yang ingin dilakukannya dan saya mula ketawa. Ia kelakar dan bukannya sesuatu yang boleh anda lihat selalu.” 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*